LIMAU KASTURI

LIMAU KASTURI | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.  Assalammualaikum semua. ENCIK SUAMI rajin beli limau kasturi. Kalau di kampung, keluar pintu kurang dua puluh langkah terus petik daripada pokok. Ada PC tanam tu tapi belum berbuah. Semoga nanti berbuah lebat. Aamiin.


Limau kasturi banyak kegunaannya. Kami suka buat air. Teh o limau. Sirap limau. Kadang limau sahaja. Dulu pernah PC sakit perut berhari-hari sebab ikut abang sepupu makan limau kasturi ni dengan asam boi. Ada asam boi yang putih dan merah tu kan.. adoiii. Bila makan dengan asam boi yang merah tu bibir dengan jari merah. Sekali tu je laaa. Taubat. 

Air limau kasturi ada yang guna untuk masakan juga ganti asam jawa atau asam keping dan cuka. Basuh ayam, ikan pun boleh juga. Hilangkan lendir dan bau hanyir pada ikan dan ayam. Ada yang guna asam jawa dengan garam. Tengoklah mana yang ada di dapur masa tu. Cari yang mudah dan cepat.

Kalau makan bihoon goreng ke.. mi goreng ke.. PC suka perahkan limau kasturi. Fuhh lagi ummph. Buka selera oii. Yang sukalah. Ada yang tak suka dan tak kena selera. Masing-masing. Buat sandwich ke.. wow. Sedap.

Limau kasturi ni dulu murah sangat. Sekarang dah ada harga. Lagi besar-besar buahnya, licin mulus kulitnya lagilah ada harga. Ermmmm kenapa monyet tak serang pokok limau ye. Sebab masam kot. Sebab ada pokok rambutan jiran di kampung, buahnya masam memang langsung monyet tak serbu. Ada serbu sekali kata babah, lepas  tu tak ada datang lagi. Bijak.. bijak. Bijak sungguh.

Tinta Perdu Cinta 
LIMAU KASTURI 
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

8 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Segarnya sirap limau, pokok kat rumah dah tebang, Tinggi melangut dengan duri kasar..

    BalasPadam
  2. Pokok limau kasturi SA depan rumah tu x putus2 buahnya...suka sebab limau tu penuh dengan juice...

    BalasPadam
  3. banyak kegumaannya limau ni

    BalasPadam
  4. akak teringin tanam pokok limau kasturi tapi akak takut ulatnya hahahah... itu tanam limau purut pun sibuk kejap2 kejap belek takut ada ulat

    BalasPadam
  5. Kita sejak ni hari-hari makan limau ni PC, sebab nak kontrol tekanan darah, penat sangat kadang kan, sampai darah naik.. makan limau ni okay..

    BalasPadam
  6. sampai hari ni uncle tak tau beza limau kasturi dengan limau nipis....

    BalasPadam
  7. pokok rumah kak ana lama dah tak berbuah kalau tak lebat, nak kena baja agaknya, kak ana suka buat air dengan asam boi PC, guna juga untuk basuhan ikan atau ayam kan :)

    BalasPadam
  8. Kalau ada sepokok dua di belakang rumah, dah tak habis makan hasilnya

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama