KESAN DICUCUH ROKOK AKAN PERDU CINTA BAWA SAMPAI MATI

KESAN DICUCUH ROKOK AKAN PERDU CINTA BAWA SAMPAI MATI | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum semua. Hihi. KISAH SILAM. Ada. Rasanya setiap kita ada cerita yang bermacam dalam hidupnya. Lebih lama hidup, lebih banyak cerita. Lebih banyak juga pengalamannya. Betul tak.

Aduh rasa macam jelas sangat memori kisah yang satu ini. Faktor yang menguatkannya adalah kerana ia sentiasa terlihat. Setiap hari. Setiap kali tengok cermin muka. Bukan dan tidak dendam. Sungguh. KESAN DICUCUH ROKOK.. AKAN PERDU CINTA BAWA SAMPAI MATI. Ini bukan kata-kata dendam tapi kesan dan parut yang ada. 

KESAN DICUCUH ROKOK AKAN PERDU CINTA BAWA SAMPAI MATI
GAMBAR HIASAN

PC cucu sulong belah mama dan babah. Sulong perempuan. Biasalah bila cucu sulong, perempuan, memang jadi perhatian. Lebih-lebih lagi belah babah. Termasuklah atok nenek sedara. Suka nak manjakan PC. Haha.

Nak jadikan cerita, satu hari tu, ada atok dan nenek saudara PC datang rumah nyaei bawa anak bongsu mereka, maksudnya isteri tu adik nyaei dan suaminya tu adik ipar nyaei la. Anak mereka pangkat pakcik saudara pc kan. Haaa gitu. Mama babah pun datang rumah nyaei. Lama tak jumpa.

Gurauan jadi bencana. Bila lama tak jumpa sembang pun rancak. Atok saudara PC ni jenis kuat hisap rokok. Tapi rokok daun. Sambil sembang sambil jari tu ligatlah gulung daun rokok yang dalamnya diletak tembakau dengan cengkih. Adoiiii. Besar-besar pulak tu rokoknya. Macam cerut. Sebatang dibakar dan dihisap.. sambung gulung lagi. Gulung banyak-banyak senang katanya. Ermmmm.

Sambil gulung, mulut berasap, sambil juga gurau sakat PC. ''Eh budak mata bulat rambut maggie (pc la tu) ikut atok balik Johor yok, naik bas''. Ulang-ulang dia cakap. PC diam je duduk kat pangku babah. Hahaha. Nak jadikan cerita, babah tolong nyaei.  Tinggal PC duduk main sendiri. Mama sembang kat dapur.

Malang memang tak ada isyarat. Sekelip mata PC rasa ada benda panas ditusuk pada pipi PC. Kuat dan keras. Rupanya pakcik sedara PC tu, dia pegi bakar satu batang rokok daun tu, dia cucuh kat pipi PC. Punyalah cepat sampai atok sedara tu pun, bapak dia tak perasan tindakan anaknya. Meraung la PC separuh pengsan. Hal ni memang PC ingat sangat sebab PC dah masuk sekolah tadika walau masa tu umur 5 tahun. Fuhhh. Berguling PC. Rupanya pakcik sedara tu cemburu, dia ingat bapaknya betul-betul nak bawa PC balik ke Johor. Ermmmm. Padahal gurau je dan umur dia pun lebih dari PC. Jauh beza. 

Kesan yang ada mungkin tidak separah dulu. Mungkin sedikit telah membaik dengan kosmetik lah.. namun tidak keseluruhannya hilang. Alhamdulillah. 

NOTA PC  : Kecik-kecik orang dah musuhi. Nasib dah tua tak jadi diva. 



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

7 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Ya Allah, punyalah dia jealous tu ya. Kesiannya PC.

    BalasPadam
  2. kesian PC dicemburui ya ..jadi kenangan tu

    BalasPadam
  3. Allah hualhbar.. Dapat bayangkan betapa pedih dan perit. Nya bila pp kena ngan api.. Moga pc jadikan memori itu kenangan yg x kan dilupakan smp bila2.. Just yakin.. Allah itu maha kaya.. Insyallah yg dengki kat pc masa kecil pasti ada valasan.. Walau mmg pc x verdendam..

    BalasPadam
  4. geram tul kat budak jahat tu! Semoga moga membalas kejahatannya di akhirat kelak...

    BalasPadam
  5. Allahuakbar...cemburu sungguh tu walau umur tu pasti masih anak kecil lagi kan

    BalasPadam
  6. kesian PC, semestinya tak akan lupa kan. tp masa tu pon masih kecil :(

    BalasPadam
  7. akak duk baca tajuk entri ni berkali-kali takut salah baca. Aduh jahatnya budak tu sampai begitu sekali dia buat... kalau dah besar masih ada parut mesti teruk tu dia buat tu. Sebab tu la akak tak suka dengan orang yg merokok, mujurla suami akak memang tak merokok kalau merokok memang tak kawin la dengan dia tu.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama