PERTIMBANGAN DAN EMPATI MANUSIAWI

PERTIMBANGAN DAN EMPATI MANUSIAWI | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum semua. Hihi. MEMILIH. TERPILIH. DIPILIH. Sesiapa sahaja boleh memilih. Maka pilihlah hal yang baik. Boleh jadi kita ni terpilih. Allah yang pilih kita. Alhamdulillah. Baik nikmat. Musibah ujian. Sudut penilaian yang tak sama.. boleh jadi dipilih dan boleh jadi juga tidak. Ada banyak kemungkinan.

Tommy
PERTIMBANGAN DAN EMPATI MANUSIAWI

Gegel tapi nama boboi. Sebab masa kecil ingat boboi. Bila dah besar eh gegel rupanya. Tukar je Tammy. Tak jadi. Tetap Tommy. Betullah nama tu doa, gegel tapi perangai, boboi oii. Ini anak buah PC. Tommy ni anak bulu adik ipar PC. Hehehe. Ummi abi sayang Tommy tau.. tau.. tau.

PERTIMBANGAN DAN EMPATI MANUSIAWI. Sekadar berpendapat. Tak tahu la kenapa rasa terpanggil nak berpendapat. Gara-gara PC ada dengar dan terbaca pernyataan bunyinya.. 'bila pelihara atau bela kucing ni.. kita jadi kuli atau hamba, kucing tu tuan atau bos kita..' 

Jujurnya, hati ni rasa macam ditumbuk-tumbuk. Jadi sensitif la pula. Padahal itu pendapat orang. Tak ada salahnya pun. Itu sudut pandang orang. Malahan bukan cuma pelihara kucing je.. kalau ada pelihara haiwan lain pun macam tu juga. 

Cuma, bagi PC, PERTIMBANGAN tu diri kita sendiri yang buat. Nak pelihara atau tidak. Dan bila keputusan memelihara itu diambil maka ada tanggungjawab dan amanah melindungi, menyayangi dan menghargai serta menghormati sesama makhluk yang akan hidup berdampingan.  EMPATI MANUSIAWI itu mengatasi banyak hal. Mengetepikan atau mengalahkan rasa lelah dan rasa terbeban.

Haiwan peliharaan kita, mereka bukan tuan atau bos yang menjadikan kita hambanya. Tapi mereka menyumbang pundi-pundi pahala dan doa juga. Mereka nanti boleh jadi peguam bela dan peguam cara kita diakhirat kelak. Kalau kita buat sesuatu untuk orang lain, adakah kita hamba dan dia bos. Bagaimana yang berotak tak berakal boleh jadi tuan atau bos berbanding yang berotak dan berakal banyak yang menyakiti mereka dengan kejam di mana-mana. 

PC sayang anak bulu. Sungguh. Mereka ni menjadi PC belajar banyak perkara. Terutamanya.. sabar.

NOTA PC  : PC sentiasa berharap, setiap apa yang PC lakukan untuk anak bulu PC jadi pahala dan ibadah juga.
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. biasa dengar orang tulis gitu, mungkin mereka gurau kot. Tapi bila dah bela kucing ni kita kan rasa macam betul sebab kucing ni dia punya perangai tu lain dari anjing. Manja dan tak boleh diarah macam anjjing hehehe. Kucing kat rumah tu pun sama, yelah berak kencingnya kita bersihkan, bagi makan tapi kadang bukan nak dengar kata hehehe... CUmanya itu kan lumrah kucing, memang Tuhan dah ciptakan mereka begitu.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama