TERIMA KASIH SEPTEMBER

TERIMA KASIH SEPTEMBER | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.. hihi. ALHAMDULILLAH. hari ni hari terakhir dibulan September. hari yang ke-30. MasyaAllah. Mungkin ada yang sambut ulangtahun hari ni, selamat ulangtahun ya. Atau ada yang sedang menanti waktu melahirkan, semoga semuanya dipermudahkan Allah swt. Aamiin.

TERIMA KASIH SEPTEMBER

Tidak semua Allah beri nikmat usia yang panjang sehingga detik ini. Bersyukurlah kita masih lagi di sini. Di alam ini. Bersama-sama menikmati apa sahaja yang Allah swt pinjamkan kepada kita semua, walau rezeki tidak sama tapi masing-masing tetap sahaja Allah swt berikan rezeki yang secukupnya.

Setiap orang merancang dan engharapkan yang baik-baik. Itu pasti. Andai berlaku sebaliknya tentu sahaja ianya menjadi ujian buat kita. PC juga tidak pernah terlepas daripada itu semua. Ada ujiannya. Ada jatuh bangunnya dan ada mengalir air mata juga. Pastilah.

Setiap hari dan masa itu adalah amanah. Apa yang kita lakukan dan apa yang kita isi untuk menjadikan hari dan waktu itu tidak sia-sia. Tidak membazir begitu sahaja. Setiap kita ada agenda masing-masing. Ada jalan dan cara masing-masing juga.

Walau di mana pun berada, tetap perlu ingat kita ini bukan sesiapa. 'Sesiapa' nya kita pun kalau ada semua atas mahu dan izinNYA. Semoga setiap kebaikkan dapat kita teruskan hingga nafas terakhir. in sya Allah. Aamiin.

NOTA PC : semakin dekat hujung tahun semakin rasa eh pantasnya waktu

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. kejap je kan dah nak masuk hujung hujung tahun...

    BalasPadam
  2. September has been such a wonderful month, full of unexpected surprises and joyful moments. I'm so grateful for the many opportunities and special people in my life.
    Thank you September for all you've given me!

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama