RAMAI YANG TAK TUNGGU HUJUNG MINGGU PUN

RAMAI YANG TAK TUNGGU HUJUNG MINGGU PUN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. menenpun perjalanan yang lama itu meletihkan. Walau tidak memandu cuma duduk di selah sahaja. Kadang lebih letih kerana tugasnya bukan cuma duduk sahaja. Sebelum bergerak kita buat persiapan kemas pakaian dan keperluan secukupnya. Nanti sampai destinasi kita juga yang aktif buat itu dan ini tidak kering tangan tak sempat peluh kering. Bila balik ke rumah semula eh kita juga yang kemas semula keperluan kembalikan ke tempat asalnya. 


Penat tapi puas hati. Penat tapi bahagia dan gembira. Kesian dia penat memandu sepanjang jalan. Jarang orang cakap penat dia urus daripada awal hingga akhir percutian. Kerana yang orang nilai apa yang terlihat dihadapan mata sahaja. Hakikatnya tidak begitu. Tapi macam PC cakap tadi penat yang buat puas hati dan gembira. Setiap orang ada sebab dan tahap rasa keletihan yang berbeza-beza. Ikut badan masing-masinglah. 

Tapi hakikat sekarang ini adalah rasa penat atau bosan dan bermalas-malasan macam tidak ada dalam diri sesetengah orang. Boleh jadi kerana sudah lama memendam rasa yang menggebu-gebu mahu melihat dunia luar yang sebelum-sebelum ini sudah menjadi rutin dan kebiasaan wajib dilakukan. Jalan-jalan. Jadi jangan pelik kalau kita buat pergerakkan hari-hari biasa sepanjang minggu pun tetap banyak kenderaan di jalanraya. 


Kalau ada yang memilih mulakan pergerakan selain hujung minggu demi mengelakkan kesesakkan lalulintas, ianya tidak berkesan dalam jangka dan tempoh waktu sekarang. Tak macam dulu-dulu. Hari bekerja jalanraya lengang atau kurang kenderaan. 

Mengambil kesempatan yang ada. Mengisi peluang yang diberikan. Ramai yang tak tunggu hujung minggu pun mahu lakukan pergerakan merentas daerah dan negeri. banyak faktor. Disebabkan tuntutan kerja, pendidikan dan lain-lain hal juga sebenarnya termasuklah mengambil kesempatan luangkan masa bersama-sama keluarga.

Bukan cuma sesak dijalan yang perlukan kesabaran tinggi, kesesakkan di RnR juga tidak dapat dihindari. Justeru itu sila la berhati-hati. Jaga-jaga. Nampak macam tak ada tapi ada. Nampak macam normal sebenarnya tidak. Sekian.

NOTA PC  : RAMAI YANG TAK TUNGGU HUJUNG MINGGU PUN 


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama