SI TITAM ANAK MERANGKAP ADIK BONGSU

SI TITAM ANAK MERANGKAP ADIK BONGSU | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum semua. Hihi. KELUARGA BUKAN CUMA aku, kau dan kita manusia sahaja. Dalam kita itu ada banyak dan macam-macam.  Ada pokok, ada haiwan. Ada pelbagai yang "saling" atau "berdampingan".


SI TITAM ANAK MERANGKAP ADIK BONGSU. Anak bongsu mak mertua PC. Maka jadilah adik bongsu kami. Kikiki. Walaupun kucing. Tetap jugalah kena diterima dan diakui wujud dan keberadaannya dalam keluarga. Gitu. 

Sampai adik bongsu pun nak tak nak kena terima hakikat. Ada adik lagi tapi kucing. Nasib.. nasib kata ucu. Ada adik tapi adiknya kucing. Hahaha. Sabo jelah. Hati kena kental kata ucu.

Si Titam ni cerdik. Nampak orang nak ambil gambar terus tertib. Sopan santun dia. Alhamdulillah. Kalau tidak.. ya Allah.. Lincah. Bergegar kandang.

Bila ada rasa sayang, kena ada rasa tanggungjawab. Sayang, belum tentu bertanggungjawab. Bertanggungjawab tidak semestinya kena sayang. Bijaklah berfikir dan bertindak.

NOTA PC  : Semua saling memerlukan dan saling menjadi saksi kelak.
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. kalau balik Seremban, tetiba anak bongsu ammi pun jadi Abang Oji. Tiba2 dia bahasa diri dia abang kat kucing2 tu.

    BalasPadam
  2. Hihihi.. macam kamilah, org ingat anaknya sorang, padahal ada sembilan, hahaha.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama