MENGEMASKINI KUALITI

MENGEMASKINI KUALITI | Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. MAKAN DAN MAKANAN bagi PC satu keperluan. Apa yang kita nak makan itu ada kehendak sebab boleh dan perlu pilih. 

Nasi goreng kampung. Nasi goreng Cina. Sotong goreng tepung. Tom yam campur. Siakap stim. Ini pilihan. Pilihan kami ketika keluar makan untuk mengemaskini kualiti.


Nasi goreng kampung pilihan encik suami.  Fuh pedas menyengat oiii. Terbakar lidah.
Tapi sedap. 4.5 bintang.


NASI goreng Cina pilihan PC.  Ngam rasanya. Oleh kerana dah rasa nasi goreng kampung tadi..  pedas berdengungnya masih terasa maka rasa nasi goreng Cina ada pedas padahal tak pedas pun. Sedap. 4 bintang.


Kecil je sotongnya. Tapi segar dan rangupnya boleh tahan. Suka. 4 bintang


Tomyam campur. Banyak isinya. Segar kuahnya. Rasanya seimbang juga. Cukup rasa. Tapi PC kurang nak makan sebab terlebih daun ketumbar. Adoi. 3.5 bintang.


Ikan siakap stim. Haaaaaa. Masamnya, pedasnya.. meletop. Kena dengan tekak. Masa makan ni cuma risau perut je tewas. Tapi alhamdulillah. 5 bintang.

* bintang per 5 tau...

di

Ikan Bakar Asam Pedas D'sarang

MENGEMASKINI KUALITI. Banyak KUALITI yang perlu dikemaskini. KUALITI ibadah. Kualiti kehidupan. Kualiti apa yang dimakan. Dan banyak lagi kualiti. 

Satu perkara yang PC suka nak kemaskini adalah mengemaskini kualiti masa untuk bersama-sama dengan insan-insan disekeliling PC. Kuantiti perlu. Kualiti lebih lagi perlunya.

Banyak belajar dan perlu dihadapi untuk jadi lebih baik dan tak ulangi khilaf yang mungkin satu masa dulu PC buat. "Masa bersama-sama".

NOTA PC : kuliti itu jadi inti dan dasarnya
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama