POKOK BUAH DELIMA MULA BERBUNGA

POKOK BUAH DELIMA MULA BERBUNGA | Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. PERGI PASAR. Rutin membeli lauk basah di pasar pagi. Tapi biasalah, ada juga jual anak-anak pokok kan.. memang dah lama nak beli anak pokok buah delima, maka belilah sepokok. Menyelam sambil minum air. Itulah yang terjadi pada mertua pc. Pokok kacuk daripada Thailand kata yang jual tu pada mertua pc.


Balik, mak terus tanam dalam pasu. Pasunya memang dah lama stand by untuk tanam pokok buah delima ni. Beli je apa lagi terus tanam. Beberapa hari kemudian eh, ada satu kuntum bunga keluar. Wahhh ketawa besar mertua. Tapi beberapa hari kemudian.. eh, gugur pulak dia. Ermmm setengahari mak termenung.


Hari-hari belek pokok delima ni. Alhamdulillah sekarang tengah berbunga lagi. Ada 4 tapi 1 dah tewas. Berbaki 3 ni. Doa siang malam moga-moga lekat sampai jadi buah delima yang matang dan boleh dipetik. Dimakan. Nak rasa juga buahnya. Pokok kacuk. Buah kacuk. Mana tau sekali makan terus fasih speaking Thailand. Haaaaaa. Gitu. 

Kita usaha je sungguh-sungguh. Lebihnya atas kehendak Nya kan.. dah tabur baja gemuk. Baja buah. Seronok bila tengok bunganya dah kembang. Bila PC balik rumah mertua mesti ajak bunga delima ni sembang. Huhuhu. Cakap elok-elok. Kalau dia balas mahu pc tergolek pengsan tepi pasu. 

Dulu kerap juga makan buah delima sebab rumah arwah atok pc ada pokoknya. Besar pokoknya. Buahnya pun selalu ada. Rajin berbuah. Baja garam je yang ditabur arwah atok tu. Puas dan happy cucu-cucunya makan. Bila atok meninggal je.. ermm banyak pokok buah-buahan yang dia tanam mati perlahan-lahan. Sampai waktunya la agaknya.
Takpe, moga ada rezeki lagi. Aamiin.

NOTA PC : musim durian dah bermula ni..

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. wahhh. bestnya. semoga buah delima berbuah lebat.

    BalasPadam
  2. Seronoknya PC, Semog yang 3 kuntum tu kekal menjadi buah...amin...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama