BERSUARA UNTUK KEBAIKKAN BERSAMA

BERSUARA UNTUK KEBAIKKAN BERSAMA |  Ø¨ِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Diam. Diam lagi dan lagi. Dalam diam itu ada harapan yang tinggi. Dalam diam itu ada doa yang tidak putus-putus. Dalam diam itu juga ada yang dipendam dan disimpan paling rapi. Diri sendiri dengan Allah swt yang tahu, dan begitulah kita bila ajar diri untuk diam, walau sebenarnya diam itu berat. Namun kerana mahu menjaga dan tidak mahu terjadi, maka diam menjadi pilihan.

Sampai bila mahu diam. Justeru itu terkadang bersuara untuk kebaikkan bersama itu sangat-sangatlah perlu. Memanglah perlu difikirkan dalam-dalam dan betul-betul sebelum bersuara. Namun mahu tidak mahu kalau bersuara itu boleh mengubah banyak keadaan dan buat orang berubah mengapa tidak. Niat bersuara untuk kebaikkan bukan pertelagahan. Kena faham dan teguh atas prinsip atau landasan yang telah dipilih.

BERSUARA UNTUK KEBAIKKAN BERSAMA


Bersuara untuk siapa. Apa tujuan dan sasarannya. Niatnya seperti apa. Orang akan mendengar belum tentu orang akan terima dan patuh. Boleh jadi dibangkang dan ditolak mentah-mentah. Tetapi tidak pernah ada yang mustahil. Orang yang mendengar in sya Allah pandai menilai juga, jadi jangan pelik apa yang kita suarakan akandidengari dengan baik kemudian diikuti juga dengan sangat-sangat baik. 

Sesiapa sahaja, berilah peluang kepada orang lain untuk bersuara walau cuma sedikit dan kecil sahaja. Hormati setiap suara-suara yang diberi. jangan terus menutup pintu untuk ambil tahu dan mendengar. Jadilah pendengar yang baik kepada suara-suara yang mahu bersama-sama mencari dan membangun kebaikkan.  Bila komuniti bersuara dua hala. Sama-sama menang dan berjaya. Sekian.

NOTA PC :  ❤


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama