PILIH UNTUK MENGELAK CARA TERAKHIR

PILIH UNTUK MENGELAK CARA TERAKHIR | Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. CARA MASING-MASING.  PC percaya setiap orang ada cara masing-masing untuk menghindari atau menghadapi sesuatu hal, apa pun itu.

Okay. Apa yang PC dengar, tak semua PC suka. Bermakna tak semua juga yang PC ambil dan simpan. Mesti ditapis jugakan. Tak bolehlah nak hadam semua dengan senang. Mesti pilih-pilih. Bahaya la angkut semua. Tak pasal-pasal jadi racun hati dan otak. Jadi serabut dan semak!.

Dulu.. dulu-dulu la.. dan sebenarnya PC jenis pemikir. Pemikir ni maksudnya kalau dengar atau tahu sesuatu akan terus fikir dan ingat. Menganggu sebenarnya. Lama-lama diri sendiri jadi tak tenang. Tapi semakin dan menua ni.. mama, babah dan en suami ajar.. bagi nasihat..

PILIH UNTUK MENGELAK CARA TERAKHIR
KREDIT IMAGE

Ada perkara kita dengar, kita kena simpan elok-elok. Ada hal yang kita dengar dan tahu, cukup sekadar dengar dan tahu tapi JANGAN SIMPAN. Nanti kesian otak dan perasaan sendiri. Terbeban. Jadi stress. Yup.. betul.

Arwah mama pesan.. cuba doa minta dengan Allah.. " ya Allah,  hindari fikiran dan hatiku dari terus ingat pada perkara sia-sia supaya tenang jiwa dan fikiranku terutama disaat beribadah kepadaMu". 

Kadang tetap terfikir juga. Masuk ke hati juga lisannya orang.. ermmm, jadi.. PILIH UNTUK MENGELAK sebagai CARA  TERAKHIR. Jauhkan diri. Sibukkan diri. Buatlah apa pun. Kalau jaga hati tapi pahala sendiri tergadai.. aduh rugi besar juga. Tak gitu.

NOTA PC  : solat, puasa, zikir.. lepas beri salam eh ngumpat orang.
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Setuju dengan PC dah berumur ni lebih memilih untuk hidup tenang-tenang sahaja tak maulah nak semak-semakkan fikiran dengan benda yang kita tak boleh kawal. Menjauh aje senyap-senyap itu lebih baik

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama