BELAJAR LAGI DAN LAGI

BELAJAR LAGI DAN LAGI | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Hihi. SENTIASA. PROSES SEPANJANG HAYAT SELAGI ALLAH SWT IZIN. Memang begitulah. Belajar berterusan. Lagi dan lagi. Sedikit atau banyak, belajar tetap belajar. Belajar ni tak semestinya ke universiti. Madrasah yang paling besar, luas dan banyak ilmu adalah sepanjang menjalani hidup di dunia ini. Ya di dunia ini.

Laaa kenapa di dunia?. Mudah jawapannya, kerana cuma di dunia kita boleh belajar apa yang kita mahukan. Sesuatu yang baik ke..sesuatu yang tidak baik ke.. cuma perlu pilih. Baik kita pelajari maka baiklah yang kita dapat. Kalau yang tidak baik.. tidak baiklah yang kita dapat. Cuma di dunia pengalaman, ilmu dan sebagainya  boleh kita kutip. Bila dah mati semua tu tak lagi kita perlukan. Tak lagi belajar lagi dan lagi.

Nanti di alam barzakh. Ketika di akhirat. Semasa di padang mahsyar kita cuma hidup dengan "hasil". Hasil daripada apa yang telah kita kerjakan semasa hidup di dunia. Apa yang kita pelajari semasa di dunia. Praktikal di dunia, hasil dan keputusan di akhirat. Tapi ada juga sesetengah perkara kan.. kan.. di dunia lagi Allah beri akibatnya. Akibat baik dan tidak baik.

BELAJAR LAGI DAN LAGI
RUJUK GAMBAR

Belajarlah selagi boleh. Belajar yang tidak cuma mendapat ilmu daripada buku-buku sahaja. Tapi belajar daripada pelbagai summer yang ada di dunia ini. Kita boleh pelajari sesuatu daripada alam ini dan keseluruhan isinya. Pelajari sesuatu daripada haiwan ke, tumbuh-tumbuhan ke.. dan sebagainya. Boleh!. Mahu atau tidak mahu sahaja.

Sesuatu yang berlaku, salah.. jangan kita ulangi dan jangan lakukan. Kalau hal itu betul, contohi dan amalkan lah supaya yang mencontohkan dapat pahalanya begitu juga kita yang melakukan. Macam itulah rumusnya hidup ini. Jangan panjangkan dosa. Tapi tebarkan sebanyaknya pahala. Aamiin.

NOTA PC : mahu, insyaAllah boleh.

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. inshAllah...selagi nyawa dikandung badan, selagi tu jangan berhenti belajar.
    Setiap hari kita akan belajar perkara baru.
    Sama ada ianya bagus atau tidak, kita yang tentukan untuk pelajarinya.

    BalasPadam
  2. W'salam PC..
    Betul PC, di dunia inilah kita berhempas-pulas untuk mengumpul saham akhirat.. Ilmu tiada penghujung. Belajarlah sejauh mana kita mampu..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama