JANGAN LEBIH SUDU BERBANDING KUAHNYA | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Hihi. ADA KUAH LEBIH, boleh hirup. Tapi kalau lebih SUDU, kurang kuah nanti jadinya bising. Bukan cuma bising lebih menyedihkan menjadi sia-sia jugakan SUDU tu. Tak guna ketika itu. Kena guna lain kali la pulak. Sementara nak guna tu buang waktu. Tapi kalau dikaitkan dengan orang. Sikap orang yang ibaratnya lebih SUDU daripada kuah ni.. bahaya. Sungguh. Bahasa mudahnya, "dia berlebih-lebih" la pulak daripada yang sepatutnya. Bahasa kasarnya, "over" atau keterlaluan. Haaa gitu.
Lebih sudu berbanding kuah. ORANG YANG MENGADA-NGADA ATAU BERLEBIHAN SIKAPNYA. Fuh, sangat mencabar bila berhadapan dengan orang macam ni. Tak kiralah siapa pun itu. Serius. Ini salah satu cabaran iman. Sungguh. Rasa sabar yang tipis macam kulit bawang ni, boleh lesap entah ke mana perginya. Boleh ghaib sekelip mata tau. Berasap kepala. Panas tengkok. Bukan setan keluar dari badan bila tengkok panas tu tapi setan makin berbisik pergi la jotos orang yang tengah mengada-ngada dan berlebihan sikapnya. Haaaa.
CREDIT IMAGE Duduk diam disamping. Mainkan peranan hanya bila perlu dan bersesuaian. Jangan menyakiti. Jangan seolah tahu semuanya. Sudu tidak boleh menjadi gunting. |
Biasanya, yang tidak terlibat tu la yang suka berlebih-lebih. Adoii la. Malas nak tengok mukanya. Bosan je, bukan apa, bahayanya boleh jadi bertumbuk. Bila kita dengar orang suka mengada-ngada dan berlebihan ni, mood kita pun boleh ke laut. PC ada berhadapan dengan situasi ni. Ya Allah. Istighfar pun kadang lebur. Rasa meluat lagi tinggi dan tebal la. Sakit telinga dengar dia bercakap. Fuhhh. LETIH la otak. Tu belum lagi rasa sakit hati je. MasyaAllah. Allahuakbar. Peliharalah iman hambaMU ini.
Tolong sangat-sangat. Janganlah LEBIH SUDU BERBANDING KUAHNYA. Bahaya tau. Bahaya bukan cuma pada diri sendiri, lebih bahaya pada orang lain juga. Kalau nak lebih-lebih tu diri sendiri yang susah, terpulang. Ini libatkan orang lain. MENGADA-NGADA ATAU BERLEBIHAN SIKAP ni ibaratnya seperti api dengan minyak. Api ni kadang mudah dan boleh terpadam sendiri je, tapi kalau disiram minyak, sekampung pun boleh hangus terbakar. Ya Allah. Nauzubillah.
PC sendiri takut. Risau. Selalu ingatkan diri. Jangan sampai mengada-ngada atau berlebihan baik kata-kata atau perbuatan. Kadang depan kita orang okay je. Belakang kita sebaliknya. Tak nak macam tu. Rasa tak seronok bila macam tu.
NOTA PC : pening menghadapi perangai manusia yang selalu berasa sentiasa betul
Tags:
Santai Peribadi