RASA MACAM NAK TUMBUK | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Hihi. RASA SAKIT HATI bila-bila masa boleh terjadi. Diri sendiri yang sangat sensitif atau dah bersabar tapi ada je yang suka cari pasal tak kira masa. Ada kan sesetengah orang suka cari pasal. Sama ada kita yang mula dulu atau kita elok je orang lain pulak yang melampau.
Serius, tak semua benda, perbuatan atau situasi kita suka. Lumrah tu. Rasa tak suka atau tak selesa tentu kita rasai. Sungguh. Tak tipu. Adakala kita rasa bosan dan meluat dengan perangai orang atau situasi sekitar kita. Fuh. Memang berangin je rasa. Lagilah yang suka mencabar. Mencabar ni ada banyak fesyen. Kadang mulutnya.. ya Allah. Yang ada tu, senyap tapi suka cabar kesabaran orang dengan cara diamkan diri. Buat keras je. Buat tak tahu. Betul-betul cabar mental dan emosi. Buat tak faham dia je. Sumpah!. Memang geram. Rasa macam nak tumbuk je bila tengok muka.
CREDIT IMAGE |
Ada macam-macam rasa. Bukan cuma rasa macam nak tumbuk je. Lempang, sepak, segala macam ada. Bila rasa marah meluap-luap. Fuhhh jangan cari pasal. Jangan nak sengih-sengih macam kerang busuk. Adakan sesetengah buat perangai gitu. Kalau PC, cukup geram bila orang tu buat salah tapi berlagak tak bersalah, lagi geram dia menafikan walhal dah jelas salahnya. Itu belum kalau ada yang buat mama babah PC.. suami.. fuhh lagi kuat tu kena tumbuk rasanya kalau betullah tumbuk. Lagi satu.. bila kita cakap elok-elok, yang diajar cakap tu tiba-tiba tinggi suara marah-marah, awak memang meminta sangat-sangatkan. Haaa. Ya Allah. Kalau masuk bilik air rendam badan dalam kolah, mahu air dalam kolah tu mendidih.
Macam-macam rasa muncul bila rasa marah dan geram timbul. Tak senang nak kawal rasa marah. Jujur tak mudah nak terus sabar buat macam tak ada apa-apa. Sabar, pasrah, reda, santai. Tak semudah dikata. Kena faham tu. Kalau ada orang marah, jangan terus tuding jari kata dia panas baran. Kita tak tahu situasi sebenarnya. Apa yang dia tanggung dan apa yang mesti dan telah dia lalui. Boleh jadi kalau kita berada disituasi dia, mungkin marah kita lebih lagi. Boleh jadi tumbuk sampai copot gigi.
Ingat buat rasa marah dan geram membara. Apatah lagi kalau jumpa sama ada sengaja atau tidak sengaja ya. Tengok muka pun buat darah naik mendadak. Ermmmm. Berdoa, minta Allah swt tenangkan hati dan fikiran kita ketika berhadapan dengan situasi yang menggeramkan. Elakkan kita bertindak luar kawalan pun ya juga. Cukuplah tumbuk cili dalam lesung batu sampai lumat je. Selagi ada hayat akan berhadapan dengan pelbagai situasi kita ni. Allahuakbar. SubhanaAllah.
NOTA PC : belajar lupakan
Tags:
Santai Peribadi
Betul kak..ujian betul bila orang buat kita marah. Tapi sesungguhnya Allah bersama org yg bersabar...insyaAllah
BalasPadam