BIJI CEMPEDAK JANGAN DIBUANG

BIJI CEMPEDAK JANGAN DIBUANG | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.  Assalammualaikum semua. Hihi. TAK PANDAI MAKAN SAMPAI LA SEKARANG jadi kesukaan. Dulu bukan tak suka cuma tak tahu betul ke tidak boleh dimakan. 

Zaman kanak-kanak lagi PC dah tahu biji buah cempedak ni boleh direbus dan dimakan. Cuma PC yang takut nak makan. Sebab arwah atok dan nenek ke.. arwah nyai ke.. setiap kali ada buah nangka atau cempedak, mesti bijinya direbus tak dibuang pun.


Sepupu-sepupu PC berani makan laju je mereka makan. Lagi kalau rebusnya lama. Lembut. Baunya wangi. Lembut. Fuhhh nikmatlah. Tapi masa tu dek kerana ada yang bersuara kata kalau makan nanti tumbuh pokok dalam perut.. mahu tak takutnya. Ngeri oiii. Logik juga sebab pokok boleh disemai melalui bijinyakan. Rupanya PC kena tipu laaaa. Hurmmmm. Biji dan direbus. Dah dikunyah.. mana maunya tumbuh oi. Hahahaha.

Tapi sekarang. Nah. Biji nangka, biji cempedak kalau ada memang rebus. Babah pesan letak garam lebih sikit biar ada rasa masin, kemudian rebus biar lama sikit. Lembut senang nak makan. Baik!. Biji nangka dengan biji cempedak lagi sedap biji cempedak. Biji cempedak rebus ni mirip buah berangan. Tapi tak dinafikan memang sedap la buah berangan tu haaa.

Mungkin ada yang suka makan biji cempedak rebus. Mungkin ada yang pernah makan tapi terus tak suka. Masing-masing la. PC sekali makan suka sampai sekarang. Alhamdulillah. Lagupun tak selalu dapat makan. Nak dapat buah cempedak pun tunggu musim. Bila dah musimnya eh monyet rasmi dulu. Haaaa. Jadi bila ada, ada biji dapatlah rebus. BIJI CEMPEDAK JANGAN DIBUANG, rebus bagi yang suka. Tak kena dengan tekak, jangan paksa.

TAHNIAH JDT. Cuti peristiwa hari ini warga JDT. MASYAALLAH.  BOLA salah satu sukan. CUMA SUKAN. Jadikan alasan menyambung dan meluaskan ukhuwah. Bukan saling menjadi tukang karut yang berhujung ribut.  Rugi. JANGAN sia-siakan.

NOTA PC  : pokok rambutan berbunga lagi..
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. uish bijinya memg sedap direbus....

    BalasPadam
  2. Biji cempedak or nangka kalau direbus and makan memang sedap..Dulu masa boleh makan memang suka la..la ni tak bleh makan dah

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama