HATI DAN MULUT SAMA SAMA BERSIH SUCI

HATI DAN MULUT SAMA SAMA BERSIH SUCI | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. HURU HARA AKHIR ZAMAN ni angkara hati dan mulut. Serius. Pergilah mana-mana pun orang bawa hati dan mulut. Bezanya bagaimana cara mengawal hati dengan mulut tu. Tu je.

Ada orang kata.. mulut jahat tapi hatinya baik. Ada juga pendapat orang.. jangan terpedaya dengan manisnya mulut kerana hatinya sangat busuk. Mulut bila berbicara, adalah cerminan yang di dalam iaitu hati kitalah. Tapi kena sedar juga, ada juga hati tak molek ditutup dengan lican yang kaw kaw baiknya. Adakan. Susah nak nilaikan. 

Sebenarnya dia ada 3 aspek. Hati. Mulut. Perbuatan kita. Hati boleh diselindungi dengan lisan. Lisan dan hati boleh ditutup dengan perbuatan atau tindakan. Cumanya, kalau berpura-pura, nak sampai bila mampu bertahan. Tak penat ke. Mesti letih. Percayalah.

HATI DAN MULUT SAMA SAMA BERSIH SUCI. Ini sangat penting. Sungguh!. Mulut nak hilangkan bau, gosok gigi. Makan la manisan penyegar mulut ke. Boleh. Nak bersihkan hati, banyakkan zikir. Istighfar. Betul.. betul.. betul. Bersihkan. Bersih belum tentu suci. Tapi kalau suci pasti bersih. InsyaAllah.  Buatlah garis panduan sirim pada lisan sendiri. Tapis apa yang nak dijadikan kata-kata pada hati dan mulut. 

Fikirlah baik-baik. Sebelum terlajak tekan brek. Dah terbabas nak tekan brek pun dan tak berguna lagi. Untuk binasa tidak perlu waktu yang lama. Sedetik pun boleh terjadi juga.

NOTA PC  : seia sekata
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Hati yang bersih pasti mengeluarkan kata-kata yang baik..inshaAllah :)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama