TIADA JALAN SINGKAT

TIADA JALAN SINGKAT | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. SEBUT CEPAT, terang terus biji mata. Baik-baik ngantuk terus tak ngantuk. Daripada lemah terus cergas. Cepat.. siapa yang tak suka kan. Bila sebut 'cepat' ada cepat yang positif, ada cepat yang negatif. Tengoklah kesesuaian dan keperluannya. Lagi satu, dalam hidup ni, tiada jalan singkat kerana semuanya ada garis waktu dan prosesnya. Tempuhi satu persatu.

MAHU KURUS DENGAN CEPAT. Haha yang satu ini memang dinanti dan dicari ramai orang. Sungguh. Nak kurus dengan cepat. Yang difikir, kurusnya dulu. Caranya kedua. Sihat ke.. tak sihat ke.. hantam sajalah labu. Itu yang bahaya. Kalau caranya betul, sihat dan selamat tak jadi masalah. Tapi kalau sebaliknya, bahaya jugakan. Nak naik berat badan mudah. Nak dapat berat badan ideal tak ada jalan singkat. Ada prosesnya yang mencabar!?!.

Semua memerlukan PROSES

HILANGKAN JERAWAT DENGAN CEPAT. Percaya tak, jerawat yang tumbuh zaman remaja ni, parutnya ads sampai sekarng. Haa percaya tak dah tua-tua pun masih ditumbuhi jerawat pada muka dan pada badan. Kadang kat kepala dan dalam telinga pun tumbuh jerawat oii. Adoii. Susah nak hilangkan jerawat. Apatah lagi parut jerawat oii. Jangan terkejut la kalau parut jerawat tu tak hilang. Hurmmmm.

HAMIL DENGAN CEPAT. Pejuang garis dua. Try to conceive (TTC). Cuma yang sedang berjuang akan faham. Tak ada dan tak jadi masalah bagi mereka yang mudah untuk hamil. Memang.. tapi tidak bagi yang sedang TTC. Bagi yang sedikit sukar, bererti tiada jalan singkat untuk mereka ini. Mereka yang sedang TTC ini golongan istimewa. Kenapa PC kata istimewa, kerana setiap usaha yang panjang menjadi benih-benih pahala untuk mereka. Usahanya, sabarnya, pengorbanannya, redanya. Lebih-lebih lagi kerana Allah swt. 

KAYA DAN KUMPUL HARTA DENGAN CEPAT. Skim cepat kaya. Kaya tak jadi, eh papakedana pulak jadinya kerana silap langkah. Sekarang mungkin tak guna istilah skim cepat kaya, dulu zaman PC remaja, sana sini sibuk dengan skim cepat kayanya. Sekarang dah lebih canggih. Nak kata cepat jadi scammer. Lebih licik. Lebih cepat dan lebih lumayan. Gitu. Hakikatnya, tiada jalan singkat nak kaya dan kumpul harta. Kena usaha. Walaupun semua diterima secara warisan atau pembahagian hak, tetap saja perlu diurus dengan baik dan betul.

NOTA PC  : setiap langkah dan tindakan ada cerita
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Dah tak ada lagi istilah, biar lambat asal selamat, semua nak cepat sekarang.

    BalasPadam
  2. semua nak cepat ye...sabar...hihi..tapi bab jerawat tu kalau boleh bangun tidur je nak jerawat dah lenyap.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama