ANTARA RASA KAGUM DENGAN RASA GERAM

ANTARA RASA KAGUM DENGAN RASA GERAM | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. NAH.. YANG MANA SATU NI. Nak rasa kagum atau sebenarnya ada rasa marah. GERAM YANG AMAT. Atau pun rasa kagum dalam masa sama rasa marah. Bukan marah jugalah tapi marah sangat. Geram sangat-sangat. Hahh.

Kata orang, 

Lebih ramai jumpa orang.. lebih kita tahu bagaimana karenah orang sekeliling kita ni. Memang betul. Ada yang menyenangkan. Ada yang menjengkelkan. Ada yang sentiasa moody juga. Ada yang ceria sentiasa. Lagi satukan, ada peribahasa, "jauh bau wangi bila dekat busuknya bukan main-main". Sumpah, memang betul. Tak tipu. Mungkin bila dekat ni jemu. Bosan. Bila jauh ni sesekali jumpa. Jarang nampak. Wangi sangat-sangat gitu. Wangi tu akan hilang. Busuk pula tak selamanya. Gitu.

ANTARA RASA KAGUM DENGAN RASA GERAM.

Sikap atau perangai manusia. Entah kenapa PC jadi semakin sensitif. Faktor usia barangkali. Atau faktor persekitaran. Kata mudahnya bukan sensitif yang marah-marah atau sensitif tu.. bukan. Tapi yang bila orang jeling pun dah boleh faham dan baca. Ha gitu. Apatah lagi kalau bercakap-cakap. Ini sensitif yang PC rasa dan maksudkan tau.

Berkenan dan tidak berkenan. Rasa kagum dengan rasa geram. Ni dah macam positif campur rasa negatif. Tuang nila dalam susu. Faham tak. Okay. Apa berbelit-belit. Apa pusing-pusing. Straight to the point la. Apooo.

ANTARA RASA KAGUM DENGAN RASA GERAM


PC rasa kagum dengan banyak atau pelbagai perangai orang. Serius. Kagum yang rasa geramnya lebih berat dan besar. Bila ada orang yang suka bercerita pasal orang lain tapi bila jumpa orang yang dikata dia boleh mesra lain macam. Bila awak tak puas hati, awak cakap dengan orang lain tapi bila dengan orang yang awak ceritakan tu, eh gigi lebih lembut daripada lidah. 

Sangat-sangat kagum dengan orang yang pandai berpura-pura. Muka slumber saja. Memang berani. Fuyooo, hebat sangat tu. Tak takut dosa. Barangkali kalis api. PC tak reti. Tak reti nak buat macam tak ada apa-apa. Sebab memang orang tak tahu tapi Allah swt "MAHA".

NOTA PC : hangus pahala
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Lately ni, ini la masalah utama kwn2 sekeliling akak... kiri kanan merungut ttg sikap manusia... so nak buat camana, wlupun kena tempias juga tp jenis let go jer la... biar apa org nk buat kt kita.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama