BERBEZA BOLEH BERSAMA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. BOLEH. InsyaAllah boleh. Berbeza boleh bersama. Mahu atau tidak sahaja. Betul ke?. Betullah.
Berbeza menyusahkan.
Persamaan membosankan.
Penyudahnya mahu yang bagaimana.
Tidak sehaluan berpisah.
Sehaluan belum tentu selamanya juga.
Minta dan cari jaminan dengan doa.. minta pada-NYA.
Berkawan. Persahabatan. Pernikahan. Apa pun silaturahim. Memang bukankah daripada awalnya adalah perbezaan. Kau, aku, kita.. Allah pertemukan atas ikatan asbab ukhwah, silaturahim, saudara, perkahwinan dan sebagainya. Pertama bukan daripada latar belakang yang sama. Itu pun jelas berbezakan. Banyak yang tak sama, pemikiran, hati dan lain-lainnya. Betul tak..
Tapi
Berbeza boleh bersama. Boleh bersama-sama. Boleh akrab. Paling penting ada rasa mahu bertoleransi. Dengan sesiapa pun. Di mana pun berada. Bila boleh toleransi InsyaAllah seberapa banyak pun berbeza yang ada tetap boleh bersama-sama.
Perbezaan tidak mustahil mengeratkan kerana lebih banyak warna-warninya. Tengok cara penerimaan bagaimana. Elok terima, elok laaa hasilnya. Persamaan buka tiket semua menjadi mudah. Tidak juga. Terkadang banyak sudut menjadi suram dan malap. Ya, memang nampak dan ada mudahnya namun tetap sahaja ada cabarannya.
BERBEZA BOLEH BERSAMA. Boleh!
NOTA PC : cipta memori
Tags:
Santai Peribadi
Saya dan suami banyak sangat perbezaan. Tapi kita hormati dan raikan setiap perbezaan. KAdang kadang kita follow dia, kadang kadang sebaliknya. kadang kadang ikut cara masing masing. Barula hidup lebih berwarna dan bermakna
BalasPadamJangan cari perbezaan, carilah keserasian agar saling melengkapi.
BalasPadam