CHOKI CHOKI HILANGKAN NGANTUK

CHOKI CHOKI HILANGKAN NGANTUK | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. DAH TUA PUN MAKAN CHOKI CHOKI. Eh, tak boleh ya. Tercengang jugalah dibuatnya. Boleh tanya dengan diri sendiri.  "Tak boleh makan choki choki ke dah tua?". Aarghhh. Makan jelah. Asal tak berlebihan. Bahaya juga.


 Lain padang lain belalang. Lain orang lain caranya. Kalau memang mengantuk, ubatnya tidur. Memang tidur. Walaupun tidurnya tu sekejap je. Tapi tak semua orang bila rasa mengantuk layan tidur. Orang ni tak sama cara berfikirnya. Macam tu jugalah cara nak elak atau kurangkan mengantuk ni. Lagi-lagi laaaa kalau mengantuk, tapi ada banyak kerja yang mesti dibuat. Haaa.

Kurang tidur. Badan letih. Memang mengantuk selain faktor kesihatan mempengaruhi. Waktu memandu ke.. waktu ngadap laptop ke.. memanglah. Tapi bila mengumpat tak pulak la mata mengantuk. Terang benderang lagi ada. Cerah cergas bukan main. Gituuu. Sabo jelah.

PC bila menaip lama-lama pun jadi mengantuk. Sungguh. Biasanya cari makanan ringan buat kunyah-kunyah. Tetap mengantuk juga. Cuma bila mengunyah tu rasa mengantuk macam kurang sikitlah. Kalau rasa malas nak makan.. PC suka sapu minyak angin kat hidung atau dahi. Rasa berangin je.

Kata orang, nak kurangkan mengantuk pergi basuh muka. Biar segar. Tapi sejuk air tu mahu rasa nyaman buat makin mengantuk. Hahaha. Ni pun dah rasa mengantuk ni. Dah menguap je ni. Naik sengal rehang dibuatnya. Bila dah tua ni, tidur awal. Nanti sedar pun awal. Alhamdulillah. 

NOTA PC : jangan lupa baca doa sebelum tidur
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Cuya nak hilangkan ngantuk minum kopi je..
    betul la, kalau mandi pon sebenarnya buat kita lagi ngantuk kadang2...
    Sebab kesejukan tu yang buat rasa nak tidur.. hahaha

    BalasPadam
  2. I ordered this jacket from America Jackets and I must say I am amazed with the high quality and fit. You guys can also try it. Yellowstone Rip Wheeler Jacket

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama