TAJUK TIDAK MENARIK KATA KUNCI TIADA

TAJUK TIDAK MENARIK KATA KUNCI TIADA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Hihi. REZEKI. ALLAH beri pelbagai bentuk dengan pelbagai cara. Betul!. Kita usaha je. Doa je. Kemudian serah. Tawakal. InsyaAllah ada. Banyak alhamdulillah. Sikit pun kena syukur juga. Sekarang ni kerap hujan. Pun rezeki. Rezeki hujan. Alhamdulillah. 

Blog pun salah satu punca atau sumber rezeki juga tau. Mungkin ada yang dah bersara menjadi seorang blogger. Ada blog tapi sudah tidak seaktif dulu-dulu. Ada banyak punca dan alasan mengapa sudah tidak aktif sebagai blogger. Itu hak masing-masing. Selesanya bagaimana. Betul tak.

TAJUK TIDAK MENARIK KATA KUNCI TIADA
Satu masa nanti semuanya akan lebur. Namun setiap tulisan ini bakal menyumbang sesuatu. Baik yang disampaikan, baiklah. Begitu juga sebaliknya.

Munasabah lagi ke blog sebagai medium informasi yang serius atau santai-santai sahaja. Bagi PC masih munasabah. Tak lapuk dihujan tak lekang dek panas. Sesuai sepanjang zaman walau mungkin sekarang ni banyak dan ada sahaja media sosial yang lebih canggih dan cepat penyebarannya. Ringkas. Padat. Sampai. 

Ramai sahaja yang mendapat rezeki melalui penulisan atau penyampaian diblog. Dengan cara masing-masing la. Ada yang ambil tugasan berbayar daripada pihak lain. Ada yang tidak mengambil tugasan review tapi mantapkan teknik penyampaian hingga memberi dan mendatangkan hasil. Contoh mudahnya pemasangan iklan-iklan.

Syaratnya;

Bijak menarik. Melalui tajuk dan memberi seberapa banyak kata kunci yang wow.. ha gitu. Bila TAJUK TIDAK MENARIK KATA KUNCI TIADA.. maka jadilah macam blog PC.  PC tulislah ikut suka. Ikut selera PC sendiri. Janganlah ikut cara PC ya. Rugi. Carilah mana-mana web yang boleh akses keyword yang terbaik untuk menghadilkan artikel yang baik dan mendatangkan pendapatan pada blogger. K9nten yang sentiasa dicari dalam jangka waktu yang lama dan panjang. Dua dalam satu. Lebih-lebih lagi harga nak renew domain dah naik.. huhuhuhu. Hidup ini keras. 

Tiada jalan pintas. Tapi selagi rajin usaha insyaAllah boleh. Aamiin. Sekarang ni kena rajin mencari. Ada je keywords tools yang freeUbersuggestKeywordtool.ioKeywordfinder.ioYouautocompleteme.io dan ada lagi juga termasuklah yang berbayar.

NOTA PC  : suam suam kuku ni nampaknya
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Menulis blog bergantung dgn penulis itu sendiri.. ada yg menulis santai2,, ada yg menjana pendapatan.. Bagi sy mana2 pun okay saja sebenarnya.. cuma bagi yg serius dan mmg bergantung harap dgn sumber pendapatan blog mmg kena usaha lebih dan byak belajar huhu.. Penat mencari tetapi rezeki itu telah ditetapkan.. Hanya mampu usaha sebaik mungkin dan berdoa.. Apapun semoga dipermudahkan urusan PC sekeluarga.. sy suka baca blog PC walaupun jrg komen hehe

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama