LEVEL UNTUK KUCING MAKAN

LEVEL UNTUK KUCING MAKAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. IKAN GORENG. NASI PANAS. KICAP. Bahagia untuk PC. Menu kegemaran mama babah juga. Kadang makan macam ni yang lebih bahaya. Bahaya nak kawal selera. Adoi. Malapetaka. Lepas tu heboh baju sempit. Pinggang sendat. Apahal.. kihkihkih.

Kata mama.. kata babah.. belajar untuk berlapang dada terima hidup susah. Belajar terima keadaan walaupun masa tu kita "ada" atau "mampu". Daripada susah, kemudian nak sesuaikan diri dalam keadaan senang mudah je.. tapi nak sabar dalam keadaan susah, sempit, ni tak mudah. Orang yang berlagak senang lebih ramai berbanding orang yang berlakon susah. Adakan jenis orang berlakon susah. Walhal dia senang. Merendah diri sangat-sangat. Merendah diri tau bukan berbohong.

LEVEL UNTUK KUCING MAKAN. Kita tak perlu pun bagi tahu semua orang apa yang ada di dapur kita. Ada ke, tak ada ke.. senyap-senyap sudah. Okay, satu perkara yang PC tersangatlah tidak berkenan bila orang suka pandang rendah pada orang lain. PC tak pasti orang lain pernah lalui atau tidak.. tapi ni memang babah dan en suami kena. Kena apa?. 

Kena sindir. Haahh. "Beli ikan kecik-kecik je ke?.. ni level untuk kucing makan je..kalau saya memang takkan pandanglah ikan kecik-kecik macam gini..". Bukan sekali tapi berkali-kali. Hehehe. Memang babah dengan en suami suka beli dan memang rutin pun beli ikan kecik-kecik ni untuk beri pada anak bulu, cuma tak pernah cakap dengan orang pun. Bila orang tanya cakap nak makan. Untuk lauk. Goreng. Tapi PC ni yang suka ambil sikit goreng masak kicap la.. masak sambal la.. lemak cili api la. Tekak kita ni susah nak dijangka. Hari-hari ayam pun jemu. Kadang nak makan lauk telur je dengan ikan masin. Tak gitu.

Tapi itulah manusia. Memang gitu agaknyakan.. ada macam-macam karenah. Selagi hidup. Selagi itulah kita kena hadap. Susah nak jaga lisan. Kadang lisan boleh dikawal tapi dok mengata,  maki hamun dalam hati pulak. Hidup ni bukan nak selamanya di dunia. Jangan buang masa sakitkan hati orang. Nanti orang sakitkan hati awak, takut awak meroyan pula. Allah nak bagi balik ni sekelip mata je. Cuma kita sedar atau tak je la. Haaa. Bahaya kalau dah mati hati. Keras je. Gelita je. Hurmmmm.

Kucing ni bukan makan ikan kecik-kecik je tau.. ikan besar pun kucing suka makan. Bersyukurlah dengan rezeki. Hari ni awak mampu beli, boleh jadi esok awak cuma mampu tengok sahaja. Dan orang yang awak sindir, ketawakan tu boleh jadi dia tolong beli dan bayarkan untuk awak. Tak ada yang mustahil. Segalanya mungkin. 

NOTA PC  : rezeki tak akan sentiasa sama ritmanya.. bila awak ada, bersyukurlah dan jangan sombong
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama