HUJAN SIKIT-SIKIT TAPI KERAP

HUJAN SIKIT-SIKIT TAPI KERAP | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. LAMA TAK HUJAN. Pokok keliling rumah semua daunnya kering macam dibakar. Luruh. Gondol. Botak. Sedih tengok. Daun tu dah macam keropok bila gugur atas tanah. Ya Allah. Betapa panasnya cuaca. 

Hari-hari doa minta hujan. Alhamdulillah sikit-sikit hujan turun tapi semakin kerap. Walau tak lebat. Sikit-sikit sahaja, alhamdulillah sangat-sangat juga la. Tak lebat pun tak apalah asalkan ada hujan yang turun. MasyaAllah. Alhamdulillah. Bukan manusia je suka, tengok binatang pun rasa gembira bila hujan turun.

HUJAN SIKIT-SIKIT TAPI KERAP
Hujan-hujan layan Kuih Nona Manis

HUJAN SIKIT-SIKIT TAPI KERAP. Mula-mula cuma gerimis halus je. Lama-lama di hari yang lain, hujannya semakin kerap dan kasar. Namun begitu pokok-pokok masih belum pulih juga. Ambil masa. Banyak pokok dah kekuningan. Macam kena racun. Padahal tak pun. Panas lain macam. Macam lain pulak suhu panas untuk kali ini. Sungguh. Kat dunia macam ni. Bila kat akhirat nanti matahari sejengkal je dari atas kepala boleh bayang tak macam mana. Allahuakbar. Ya Allah. 

Negeri yang saban tahun menghadapi banjir, hujan bukan suatu fenomena atau aturan alam yang dinanti-nanti. Tentu sahaja rasa risau dan berdebar-debar. Hujan menjadi nikmat bagi negeri yang bukan menjadi kawasan atau zon merah setiap tahun. Ya. Hujan rezeki. Hujan nikmat. Nyaman. Ditambah dalam keadaan sekarang. Di Malaysia bermain dengan panasnya cuaca. Di negara lain lain pulak ceritanya. Kita tengok di media sosial. Kita dengar beritanya, hati pun jadi panas. Panas sangat-sangat. Sakit hati!!!.

Sengaja menindas. Pada pandangan mata kasar manusia pihak satu lagi menang. Memang menang. Menang sangat-sangat. Hakikatnya yang senang dan terpaling bahagia adalah yang perginya adalah syahid di pihak yang ditindas. Semoga bantuan Allah swt lebih deras daripada hujan yang turun.

NOTA PC  : Palestin 
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. petang khamis ni hujan lebat dengan ribut petir di kediaman kak ana ni PC.. semoga hujan yang turun dengan RahmatNya jua buat sekalian alam... aamiin

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama