KAWAN BAIK, SEPUPU DAN BIRAS DAPAT ANAK LELAKI

KAWAN BAIK, SEPUPU DAN BIRAS DAPAT ANAK LELAKI | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. BULAN OKTOBER 2023 ni mewah dengan perkhabaran gembira. Rezeki. Alhamdulillah. PC tumpang gembira dengan rezeki kawan, saudara mara dan adik beradik. Sumpah gembira sangat. Syukur sangat.

Satu persatu dari awal tahun berita best sampai. Jujur PC happy. Tak tipu. Entahlah, mungkin seiring berjalannya waktu, seiring bertambahnya usia. Ada proses yang PC lalui. Kena lalui. Kena hadap. Kena tempuh. Bukan main-main. Allah pilih PC menjadi salah seorang hambaNYA sedang TTC. PC yakin bukan PC sendiri. Seluruh alam ni, ramai je yang TTC. Sedang berusaha untuk mengandung. Betul tak.

KAWAN BAIK, SEPUPU DAN BIRAS DAPAT ANAK LELAKI
GAMBAR HIASAN

Bulan yang sama. Berbeza tarikh. Jarak tak jauh. 11 Oktober adik sepupu PC bersalin anak sulong. 12 Oktobet biras PC bersalin pun anak sulong. 16 Oktober kawan baik PC bersalin, anak keempat. Semua berjantina lelaki. Cuma adik sepupu PC tak dapat bersalin normal. Saat akhir kena bersalin melalui kaedah pembedahan. Ya Allah.  Ketiga-tiga ni rapat dengan PC. Jadi PC tahu perjuangan dan jalan cerita kehamilan mereka. MEMANG MENCABAR. ALLAH PINJAMKAN SEMANGAT dan KEKUATAN pada mereka.

Dengar cerita mereka yang berbeza-beza berdebar-debar. Besar nikmat Allah yang dikecapi. Besar ujian Allah yang dihadapi. Benarlah. Pada garis waktu yang paling tepat Allah swt izin terjadi. Kun faya kun. Kita manusia biasa terbatas segala-gala kerana semua atas izin Allah swt yang MAHA. Penting untuk sentiasa bersangka baik dengan Allah swt. Sentiasa. Dalam apa pun keadaan atau situasi.

PC sentiasa berdoa agar sesiapa sahaja yang sedang berjuang untuk menjadi ibu ayah, semoga Allah permudahkan. Anak-anak yang baharu lahir ini semoga tumbuh besar menjadi insan yang menjaga hati dan fikirannya beracuankan Al Quran dan sunah. Menjadi alasan besar dan kuat ibu bapanya ke syurga Allah swt juga. Aamiin.

NOTA PC  : syok bau param dan pilis
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. semoga Allah perkenankan juga doa PC dan suami untuk sama-sama merasai kenikmatan ini.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama