SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN BABAH

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN BABAH | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. TAHUN PERTAMA merai ulangtahun babah sama-sama. Sebelum ni PC masih di Kuala Lumpur dan Perak. Susah nak match tarikh balik kampung dengan ulangtahun kelahiran babah. Ada la sekali dua kena. Alhamdulillah. Tapi ni alhamdulillah dapat meraikan. Rasa terkilan juga sebab merai lewat sehari. 

15 Oktober. Setiap tahun alhamdulillah pc wish kat babah. Dulu kecik-kecik mama selalu ajar. Walaupun pc tak faham. Tapi kata babah, mama mesti suruh pc ucap kat babah. Nanti mama pergi pasar pagi atau pasar lambak.. bawa pc suruh pc pilih hadiah. PC pun pilihlah. Pernah PC pilih sapu tangan. Selipar. Yelah budak-budak. Mama beli je. Balik rumah bungkus elok-elok, tunggu depan pintu babah balik kerja. Nampak je babah balik, terus kejar. Ya Allah.  Masa cepat berlalu. Babah semakin tua. Mama dah kembali kepada Pencipta.

Babah mama sama. Tak suka merai ulangtahun kelahiran mereka masing-masing. Entah tak tahu apa alasannya. Tapi bila pc semakin remaja dan dewasa.. dah tua juga pun sekarang ni, sikit-sikit pc ubah dan biasakan. Sebab pc nak cipta kenangan. Dulu tak ada telefon pintar. Bila mampu beli,  beli yang tak ada kamera. Ada tak ada dulu-dulu guna kamera manual. Guna filem gambar. Dan masalahnya family kecil kami pun kurang gemar bergambar. Tak banyak kenangan. Sekarang pc ubah dan berubah sedikit demi sedikit.

Sebelum ni masa mama ada, PC duduk jauh. Lepas nikah terus ikut suami. Dua tiga hari sekali call. Sembang sejam dua by phone. Paling lama tak call pun seminggu. Tapi tetap sms hari-hari. Ikut jadual tugas en suamilah. Kadang boleh kerap balik. Kadang dua tiga bulan baru balik kampung.. cuti seminggu dua. Bila kami betul-betul balik kampung.. mama yang tak ada.

Sebab inilah alasan sekarang pc usahakan cipta kenangan. Untuk pc. Untuk babah. Untuk en suami. Untuk keluarga kecil dan sederhana kami. Tak mewah tak apalah. Asal kami rasa nikmat gembira bahagia dalam sederhana. Semampunya. Sepaling mampu dan sepaling boleh.  

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN BABAH. Tahu hati babah masih luka. Dan akan terus luka sampai akhir hayat. Luka bukan kerana dikecewa tapi luka berpisah kekal dengan rusuk  yang telah bersama-sama selama 42 tahun. Mama. Macam mama selalu pesan. "Jua jaga babah bila mama dah tak ada ya". Ya, Jua jaga tapi tidak sebaik mama jaga. Mungkin merawat jasad tidak sama merawat jiwa dan fikiran. SEMOGA Allah swt sentiasa dakap babah dengan rahmatNYA. Aamiin.

NOTA PC  : sayu.. ma kami sangat-sangat rindu
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Sebak!
    Semoga babah PC dapat terima kehilangan ni. Memang bukan mudahkan tapi nak buat macam mana itulah jalan kehidupan yang Allah dah tuliskan

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama