KEPUASAN

KEPUASAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. BERASAL DARIPADA PERKATAAN SENDINYA "PUAS". Cuba tanya pada diri sendiri. Sudah puaskah aku?. Sudah berada pada tahap kepuasan yang diinginkan atau belum lagi. 

PUAS menurut tafsiran kamus dewan
1. berasa senang (kenyang, lega, dll) ke­rana sudah mendapat secukup-cukupnya: 2. berasa senang kerana sudah terpenuh hasrat hati: 3. lebih drpd cukup, sudah tidak ingin lagi, bosan, jemu

Kalau ditanya.. puas atau rasa kepuasan yang dirasai atau dinikmati tentu sahaja berbeza-beza. Kenapa?. Setiap orang ada tahap tertentu yang mahu dicapai. Ada target masing-masing. Kita tengok macam dah okay semua. Rasa dah elok je, rupa-rupanya tuan badan rasa belum puas lagi. Macam tu jugalah bila orang tengok dan nilai kita. Macam dah okay semua tapi kita pulak rasa tak puas lagi. 

Macam mana nak rasa puas atau capai kepuasan dalam hidup. Kalau tanya PC.. satu je. RASA SYUKUR. SENTIASA BERSYUKUR. Ini yang akan meredam rasa rakus atau melenturkan nafsu yang tidak-tidak. Fikiran yang obses akan sesuatu. Hingga cinta pada dunia macam syurga hakiki tak wujud langsung. Bahaya. 

Nak lagi dan lagi memang bagus. Lagi-lagi kalau benda tu baik. Positif. Tapi tetap sahaja akan mendatangkan kesan buruk pada diri seseorang yang bersungguh menggapai sesuatu demi kepuasan. BENDA BAIK tanpa kawalan hingga hilang panduan pun boleh jadi musibah. Sebab itulah kita digalak untuk sentiasa bersederhana.

NOTA PC  : kepuasan hakiki nanti bila sah menjadi penghuni syurga Ilahi.
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. teringat pesan cikgu saya dulu, bersyukur dengan apa yang kita ada,bersabar dengan apa yang belum dimiliki

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama