MENCARI KEBERKATAN

MENCARI KEBERKATAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. SYUKUR. Hujan tadi. Sekarang panas. Lebih kepada panas nak hujan. Panasnya lain macam. Seronok baju kering elok. Yes. Terima kasih Allah.  Love you Allah. MasyaAllah. Eh bila dah malam ni.. bayang-bayang hujan bakal turun ada lagi.

Jumaat terakhir dibulan Disember. Bererti Jumaat terakhir untuk tahun 2023. Ya Allah. Bakal berakhir dua belas bulan. Bulan berganti bulan. Sudah tiba di pengujungnya. Bersyukurlah kerana kita masih lagi dihidupkan olehNya. Sehingga detik ini. Syukur sangat-sangat. Sungguh.

MENCARI KEBERKATAN

Pernah terdetik dalam hati. Bila duduk sendiri. Sorang-sorang. Bukan berangan, tapi berfikir. Terfikir. Tanya pada diri sendiri. 'Apa yang aku nak dan aku cari sementara Allah swt masih izinkan hidup ni'.. Haa. Kita tak tahu baki umur yang tinggal. Katakanlah Allah swt bagi umur kita hidup 80 tahun. Sekarang kita dah berumur 70 tahun. Haa 10 tahun yang berbaki ni macam mana kita nak manfaatkan betul-betul. 

Oleh kerana umur ni dirahsiakan, sebab itulah kita kena mulakan daripada sekarang. Mula untuk lebih fikir kehidupan abadi kelak. Fikir cara terbaik macam mana nak hidup lebih diberkati. Keberkatan sentiasa mengelilingi dan meresap dalam kehidupan sampailah kita mati. PC yakin.. tidak mudah mencari dan mendapatkan keberkatan. Besar cabarannya.

Cabaran akan sentiasa ada. Sesuatu yang mudah itu yang sentiasa menjadi pilihan sesiapa pun. Cuma segelintir sahaja yang menolak hal mudah kerana dia tahu tidak semua yang mudah di dunia ini berhujung mudah juga di mahsyar atau di akhirat kelak. Benarlah Islam itu indah dan mudah lagi memudahkan. Mewah dengan toleransi. Namun jangan diperlekeh dan dipandang ringan sesuka hati. 

NOTA PC  : mati tanpa syarat
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama