LAKSA GORENG

LAKSA GORENG | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. PERNAH DENGAR. TAPI TAK PERNAH MAKAN. Setiap Khamis malam Jumaat surau kat kampung PC biasanya ada yasinan. Tahlil untuk para jamaah surau sahaja. Kecil-kecilan. Kecuali ada permintaan buat tahlil khas. Baharulah ramai dan meriah surau. Kadang buat tahlil di rumah. 

Jamaah memang tak ramai. Kadang ramai. Kadang tiga orang je. Imam. Bilal. Makmum. Mungkin di surau kampung PC je gini kot. Atau mana-mana surau pun lebih kurang. Ramai sikit bila cuti sekolah. Tak pun ada cuti perayaan. Haa masa ni surau meriah dan ceria sikitlah. Sikit je. Alhamdulillah. Tapi mungkin akhir zaman.. surau dan masjid cantik-cantik. Besar. Mewah. Tapi jamaahnya nak penuh satu saf pun mencabar. Allahu. 

Tak ramai tapi nak hidupkan Khamis malam Jumaat. Setiap jamaah bawa seorang satu menu. Bawa sorang sikit. Macam potluck gitulah. Kau makan aku punya. Aku makan kau punya. Sama-sama makan sambil sembang. Ngopi. Ngeteh. Ada lebih, bungkus bawa balik. Sambung makan kat rumah pula. Seronok. 

Ada sekali, en suami bawa balik laksa goreng dari surau. Wah. Oleh kerana tak pernah makan, teruja jugalah PC pun. Tekak boleh terima. Lebih kurang macam makan bihoon dengan mi goreng juga. Cuma diganti dengan mi laksa je. Rencah semua sama. Atas kita laaa nak campur apa. Babah kalau laksa biasa tu yang berkuah.. laksa penang tu kan.. ha babah suka sangat. Tapi laksa goreng ni kurang sangat babah nak makan.

Balik rumah mertua.. en suami minta masak laksa goreng.  Untuk sarapan. Abah suka. Pertama kali la PC masak laksa goreng. Pulak lada kering kali ni pedasnya lain macam. Ya Allah. Sepinggan laksa goreng tak habis lagi, air dah selesai setengah teko.  Berdenyut umbun-umbun. Berdoa je la tak ulang alik tandas. Alhamdulillah semua ok. Syukur. 

NOTA PC  : selera tak sama
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Oh mi laksa yang digunakan. Kreatif betul.

    BalasPadam
  2. Ammi suka laksa goreng. Masa kecik arwah mama rajin buat dan mama selalu buat chinese style basah2. Guna lo shi fan pun sedap

    BalasPadam
  3. sambil makan sambil rapatkan ukhuwah

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama