MALAM SUNYI PENUH DOA

MALAM SUNYI PENUH DOA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Satu Februari dah hari ni. Selamat berlabuh Januari 2024. Moga bertemu lagi nanti 2025. Allahu. Hari pertama jatuh hari Khamis. Khamis malam Jumaat malam ni. MasyaAllah. Biasanya di surau dan masjid akan adakan bacaan surah Yasin. SubhanaAllah. 

Itu di surau dan masjid. Masing-masing kemudian akan balik ke rumah masing-masing. Ada yang sambung. Ada yang tidak sambung. Sambung apa?. Sambung hidupkan malam-malam yang ada. Bukan cuma Khamis malam Jumaat sahaja tapi setiap malam yang ada. Tapi PC yakin gelap malam yang sunyi sebenarnya mewah dengan titipan-titipan doa daripada bumi yang di bawa naik ke atas oleh para malaikat Allah swt. Untuk dipersembahkan kepada Allah. Dikabulkan. Ditangguhkan. Atau mungkin ditolak. Allah swt tidak akan menolak doa-doa hamba-hambaNya. Aamiin.

MALAM SUNYI PENUH DOA

MALAM SUNYI PENUH DOA. Tahajud. Hajat. Taubat. Istikharah. Lebih molek buat waktu sepertiga malam. Bukan waktu lain tak boleh atau tak digalakan buat solat-solat sunat ni. Boleh je.. cuma sepertiga malam suasana lebih tenang. Sunyi. Sepi. Sehinggalah nafas kita sendiri pun boleh kedengaran. Tenang. Halus. Nyata. Sesekali mudah. Istiqhomah itu tidak mudah.

Kalau diizin melihat bagaimana perjalanan doa-doa diangkat atau di bawa ke atas, untuk disampaikan kepadaNYA,  tentu penuh dan pelbagai doa-doa dapat dilihat. Penuh ruang alam ini. Penuh ruang langit. MasyaAllah. Macam-macam versi. Pelbagai niat dan hajat. Bukan cuma manusia tapi sekalian makhluk berdoa dengan cara masing-masing. Allahu.

Bersangka baik dengan Allah swt. Minta, fikir, cakap, niat yang baik-baik ya. Semoga hati dan fikiran kita tenang. Aamiin. Memang tak mudah. Sungguh. Dugaan selalu ada kerana syurga itu mahal dan perlukan perjuangan.

NOTA PC : terus fokus
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Rustic Romance: Embracing the charm of the outdoors, this wedding tents boasts a rustic aesthetic that blends seamlessly with natural surroundings. Adorned with twinkle lights and earthy accents, it creates a cozy and intimate atmosphere, ideal for couples seeking a romantic countryside celebration.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama