BERUS GIGI BUKAN COPOTKAN GIGI

BERUS GIGI BUKAN COPOTKAN GIGI | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. BILA SEMUA BERKUMPUL. Semua ada, maka dalam bilik air memang meriah. Syamfunya, produk penjagaan mukanya, ubat giginya. Lagi satu.. berus gigi. Bab berus gigi ni jangan cakaplah. Ya Allah.  Bukan cuma macam-macam warna ya, ada macam-macam bentuk.

Al kisahnya pasal berus gigi je. Anak buah PC ada yang sebaya. Bila ada sepupu yang sebaya kadang baik sangat-sangat.  Kadang seorang mood ke laut. Kadang yang sorang lagi beku moodnya. Ni PC nak cerita masa mood baik tak boleh bawa bincang. Peerhhhh macam isi dengan kuku. Macam aur dengan tebing gitulah. Ya Allah. 

Bulan Ramadan ni biasalah mulut berbaukan. Anak berdua ni cakap, ummi ticer kata kita kena jaga keersihan mulut. Jangan bagi mulut berbau.. PC dah rasa lain macam ni. Macam dah boleh agak ni. Haaaaa, anak-anak ni pun minta izin gosok gigi. Mula-mula ingat nak cuba berus gigi baharu yang comel tu..rupa-rupanya.. lebih dua dalam satu. Sumpah panjang akal. Nak main air satu hal. Nak tunjuk berus gigi masing-masing satu cerita. 

Makin lama makin kerap nak berus giginya. Ahhh lain macam ni. Dah la tengah puasa. Risau kumur-kumur ditelan terus airnya. Adoiii. Anak-anak.  Tak boleh jadi ni. Mak masing-masing muka dah macam disapu cili giling ni. Merah lain macam oiii. Tahan sabar tengok perangai anak masing-masing kan.. kan.. kan. 

Haruman kasturi. Salah satu haruman di syurga. Begitulah bau mulut yang kurang sedap ketika umat Islam berpuasa, tapi disisi Allah swt ianya bagai haruman kasturi. Memang bersugi atau berus gigi ni bagus tapi tidak dibulan Ramadan ya. Silap-silap jatuh makruh bila berlebih-lebihan dilakukan. 

Macam mana nak kurangkan anak-anak ni kemaruk berus gigi.. ahaaa. Tanya je nak masuk syurga tak?. Bersemangat dia orang jawab. Kalau nak, dah jangan asyik gosok gigi je. Rutin macam biasa. Kasturi ni haruman syurga. Kalau berus gigi je nanti kurang wangi syurga yang anak-anak ummi nak masuk dan jadi penghuni tetap. 

Agaknya berjaya tak PC. Alhamdulillah. Senyap rupa-rupanya tidur. BERUS GIGI BUKAN COPOTKAN GIGI. Sesutu yang dilakukan belebihan tentu sahaja memberi kesan pada diri. 

NOTA PC  : tukar berus gigi.. yang lama dah teruk.
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama