BULAN BINTANG DAN MENANTI HUJAN

BULAN BINTANG DAN MENANTI HUJAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. MENDONGAK KE LANGIT MALAM-MALAM, dapat tengok bulan.. bintang.. nikmat. Melihat banyak ciptaanNya. Syukur. Dibulan Ramadan. Malam siang bersilih ganti. Bumi sentiasa berada pada orbitnya selagi mana Tuhan berkehendak dan izin begitu. Alhamdulillah. 

Biarpun dari kejauhan, cahayanya tetap terlihat. Dipagari taburan bintang. Kecil namun menerangi. MasyaAllah. Cuma terangnya bulan bintang menjadi sedikit samar dan suram bila langit mendung mengisyaratkan hujan hendak turun. Alhamdulillah. Setelah beberapa hari panas terik.. bila hujan rasa nikmatnya luar biasa. Dengar rintik-rintik hujan pun dah girang hati. 

Terang langit, menyimbah ke alam cahayanya. Namun tidak sentiasa begitu. Macam manusia dan makhluk yang lain juga tidak sentiasa ceria dan gembirakan.. kan. Ada masa-masanya muram, sedih dan menangis. Betul tak. Ada waktunya gembira dan bahagianya lain mcam berbanding biasa. 

Bulan Ramadan ni PC rasa malam-malamnya hidup. Surau-surau, masjid-masjid, meriah menghidupkan solat sunat tarawih bersama-sama. Setahun sekali. Pilihan masing-masing untuk melakukan berapa rakaat. Semampunya. Tak boleh paksa. Tak guna juga kalau buat dalam keadaan terpaksa. Tak dapat apa. 

Hari ini 11 Ramadan. MasyaAllah. Alhamdulillah. Mendung. Hujan alhamdulillah rezeki. Kalau panas pun tetap rezeki. Dua-dua daripada Allah swt. Semoga kita semua Allah kurniakan kesihatan yang terbaik. Jumaat. Gandakan amalan kebaikkan.

NOTA PC  : Masa diisilah dengan sebaik-baiknya amalan.
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Semoga diberi keafiaatan dalam meneruskan ibadah di bulan Ramadhan.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama