SEBIJI CILI MEWAH PERJUANGAN

SEBIJI CILI MEWAH PERJUANGAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. APA SUSAH BELI jeee laaah. Melambak cili kat kedai tu ha. Betul. Betul sangat-sangat laaa. Tak kata salah pun. TAPI, TAK SALAH JUGA kalau ada minat mahu menanam pokok cili.   

Asal biji benih memang beli. Beli cili dapat bijinya. Ada je jual bijinya di kedai-kedai. Dalam talian. Atas talian.. order, bayar insyaAllah sampai. Boleh mula semai. Sampai tumbuh jadi anak pokok. Mudah!. Sebenarnya tidak mudah juga. 

Babah ada beli cili. En suami pun beli juga. Alhamdulillah seorang beli cili merah. Seorang beli cili hijau. Alhamdulillah ada stok cili. Mudah sangat-sangat nak guna bila masak. Tapi kadang tu terlupa ada cili dalam peti ais.. ehh, bila pergi kedai nampak cili.. beli lagi. Bila kemas peti ais jumpalah cili yang dah kering. Tak busuk sebab pc buang tangkai dia siap-siap sebelum simpan. Petuanya gitu. Berhasil!!!. Syukur.

Nak buang sayang. Nak masak rasa macam tak sedap hati la pulak. Ada pasu kosong. Isi tanah, lenyek-lenyekkan dia.. timbus. Tunggu seminggu dua. Kalau kerap siram atau hujan lagilah cepat tumbuh dia. Alhamdulillah. Memang alhamdulillah. Tapiiiiii..

Maklumlah tanam gitu-gitu. Tawakal bulat-bulat. Sekali lenyap dipatuk ayam anak benih pokok cilinya. Semai lagi.. kali ni lebih banyak PC semai biji cilinya. Nahhh. Silap PC juga, lupa nak angkat pasu letak kat tempat redup.. sekali minta babah siramkan.. tinggal pasu dengan tanah je. Anak pokoknya dah kering. Hahaha.

Jangan putus asa. Buat lagi. Alhamdulillah. Pokoknya subur. Banyak woiiii bunganya. Suka tengok. Putih je halus-haluskan. Tapi rezeki hidup mati, berbuah atau tidak.. semua urusan Allah. Maka adalah berbuah dia sebiji. Syukurnya bukan main. Babah dengan en suami punyalah seronok. 

"Haaa, dah tak sedih la anak babah.. pokok cilinya dah berbuah.. jadilah walau sebiji.." - babah

"Haaa, cepat petik buat telur dadar potong cili ni.." - en suami 

Kejayaan sekecil apa pun hargai dan jangan lupa bersyukur ya.

NOTA PC  : nak semai lagi
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Seronok kalau hasil tanaman berhasil. Walau satu je tetap rasa happy dan syukur kan. Nak menanam ni ada je musuh dia. Cuaca dan medium pun main peranan.

    BalasPadam
  2. Walaupun sebiji itulah keseronokan.. sedapnya telur dadar buh cili...

    BalasPadam
  3. tanaman cili memang antara tanaman yang susah ditanam, banyak kali saya tanam tak jadi.

    BalasPadam
  4. The fridge price in pakistan offers a broad range of options to accommodate various household needs and budgetary constraints. Prices for refrigerators in Pakistan can start from approximately PKR 25,000 for basic, compact models, ideal for smaller spaces or as secondary storage.

    BalasPadam
  5. Prepare to add a totally unique touch to sale on mother's day in pakistan with our fantastic Mother's Day Sale! We're bringing happiness and savings to the whole nation, from Lahore to Islamabad, Karachi to Peshawar. Discover our vast assortment of presents, all at very low costs, that honor the special relationship between moms and children. Let's pay tribute to Pakistan's incredible moms and create a memorable day with thoughtful presents and incredible offers!

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama