SI JAMBU MADU HARI-HARI DIGODA

SI JAMBU MADU HARI-HARI DIGODA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum. HUJAN. SEPANJANG HARI. Sudah beberapa hari ni, hujan sepanjang hari. Alhamdulillah. Hujan - panas.. hujan - panas.. alhamdulillah buah-buahan cepat besar. Syukur. Ada juga yang sedang berbunga. Musuhnya tetap ada. Monyet dan lain-lain yang suka buah-buahan. Harap maklum siapakah gerangannya. 

Bersisp sedia menghadapi cuaca yang luar daripada kebiasaan ketika Ramadan. Hujan sebelum Ramadan. Panas terik ketika Ramadan. Begitulah lazimnya. Tapi, boleh tak berlaku sebaliknya?. Hujan dibulan Ramadan. Haaaa. Boleh je. Yang susun Allah swt bukan kita makhluk.


Mendung. Jalan-jalan di kawasan rumah mertua. Sambil awasi pokok rambutan yang dari awal pagi lagi jadi sasaran monyet. Eh.. ternampak pokok jambu madu yang rajin berbunga. Berjiran je dengan pokok rambutan. Berbuah tapi jarang dapat makan buahnya. Sungguh. Mana tidaknya, SI JAMBU MADU HARI-HARI DIGODA monyet dan tupai. 

Lebat bunganya. Meriah putiknya  jambu madu ni.. tapi tu laaah. Mencabar sungguh nak tengok dia panjang hayatnya sampai boleh kita ni makan sebiji dua.  Ya Allah. Tapi semuanya rezeki dan izin Allah juga. Kadang tak dikacau monyet.. diserang serangga lain pula. Atau memang busuk dan gugur sendiri walau dibungkus bukan main rapat lagi.

Jambu madu digoda musuh. Tuan pun pokok iman dan hatinya pun digoda juga. Sungguh!. Kesabarannya diuji hari-hari. Ni lagi dah dekat puasa. Risau dapat lapar dengan haus je laaa sampai waktu berbuka. Haaa jangan tak percaya.

NOTA PC  : ibaratnya kongsi rezeki.. tapi tu laaah..
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Kat sini pun dah dua hari hujan. Cuaca tak menentu, minggu² yg lepas panasnya berdenting! Semuanya kuasa Allah swt, kena sentiasa bersyukur kan.

    BalasPadam
  2. Di sini baru malam tadi hujan selepas cuaca panas yang agak lama jugak. Semoga dapat merasa hasilnya nanti. Sedap tu jambu madu. Bila puasa, air masak pun boleh nampak sedap. hihi...

    BalasPadam
  3. InsyaAllah masuk bulan Ramdhan hujan dan mendung jadinya... Sedap jambu... td makan jambu menyicah yummy... dh lama sgh tak makan

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama