KAMI DATANG NAK DUIT RAYA JE

KAMI DATANG NAK DUIT RAYA JE | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. PUASA DAH HUJUNG-HUJUNG ni kan. Mesti ramai yang dah sediakan duit raya untuk keluarga dan saudara mara. Tak kiralah sikit ke.. banyak ke. Ikutlah rezeki masing-masing. 

Raya ni yang gembiranya terlebih, anak-anak. Betul tak?. Dulu PC pun pernah jadi anak kecil. Seronok raya lain macam. Seronok tunggu sepupu-sepupu nak balik kampung pun ya juga. Lagi satu bila bulan raya ni.. duit raya jadi sasaran anak-anak atau kanak-kanak. Cuma dulu PC.. duit raya nombor dua. Bila pergi beraya cari kuih kegemaran dulu. Berapa tuan rumah beri terima seadanya. Ucap terima kasih sampai depan pintu.

Semua sedia maklum. Semua merasai satu situasi yang sama. Lebih-lebih lagi rakyat marhaen.. tekanan hidup. Ekonomi yang mendesak. Isi rumah yang terhimpit sesak. Semua sedia maklum. Namun Syawal tetap dirai. Hari kemenangan umat Islam setelah berpuasa dibulan Ramadan. Satu yang PC perasan.. sudah tiba waktunya benar-benar "sederhana" kita budayakan segenap sudut. Tak kiralah awak memang tersangat mampu atau sederhana mampu. Bersiap sedia. Waspada sentiasa menghadapi sebarang situasi semasa.

Jadi, ibu bapa boleh terapkan nilai budi bahasa dan syukur pada anak-anak ketika berhari raya. Ketika terima duit raya pemberian tuan rumah terutamanya la ya. "No more complaint". Bila cerita pasal budak datang beraya, nak duit raya, demand duit raya, PC dan en suami ada pengalaman ini. Lebih kepada terkejut dan lucu juga sebenarnya. Budak-budak pun pandai prank. Ke lebih kepada scammer ye.. Haa nilai la sendiri ya..

Kisahnya...

Kami tinggal di kuarters. Biasalah seminggu balik kampung. Maka minggu kedua barulah warga blok balik ke rumah masing-masing dari kampung. Maka, minggu kedua barulah meriah. Ni tahun pertama kami bernikah. Benarlah lain padang lain belalang, lain tempat lain caranya. Fuhhh. Ting tong.. ting tong.. bukan main bertalu-talu loceng rumah ditekan. PC pun mengintip la dulu dipintu tengok siapa yang datang. Ada seorang anak kecil.. perempuan. Comel. "Mesti nak beraya ni..". PC buka pintu. Belum buka grill tau.. 

Sekali... "kawan-kawan cepat, acik ni dah buka pintuuuuuuuuu...". Ya Allah,  lebih kurang 20 orang dia ajak gang. Gang nya sembunyi kat tangga oiiiiiiii. Pitammmmmmm. Dah macam gang marhaban pula gayanya. Gelap mata kejap PC. Lagi terkedu PC bila semua cakap serentak.. "KAMI DATANG NAK DUIT RAYA JE.. kami tak nak makan kuih acik pun..". Fuhhh. Kat kampung tak gini. Gini ke gaya anak bandar. Hoiiiii laaaa. Baiklah. Belum selesai tauuuuu. Alhamdulillah memang dah sediakan duit raya lebih sikit. Untuk di kampung dan bakinya bawa balik. Isu duit raya pulaknya.. bagi dua ringgit ada yang komplen. "Acik rumah sana bagi 3 ringgit tau..". Aaarghhh. 

Hujungnya PC pun control ayu... depan pintu tu juga bagi tazkirah ringkas. Dah macam cikgu kaunseling pulaknya. Budak-budak tu tekun pulak dengar. Elok pula terus salam balik pergi rumah orang lain pula. Ya Allah. Lepas je budak-budak tu balik, jiran sebelah bersembang dengan PC.  Dia kata, hati-hati.. jangan terpedaya. Tak mustahil mereka ulang datang berkali-kali. Baik tak salah cuma jangan sampai dipijak. Hahahahaha. Baik!. Akak jiran ketawa.. sebab dia kata, dia pun dah terkena.. sabo je la.

Pengalaman. Menjadi pedoman.

NOTA PC  : manis dikenang tapi seram
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Pemberian duit raya dah jadi tradisi setiap kali menyambut aidilfitri

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama