KEPADA-NYA KITA BERSERAH

KEPADA-NYA KITA BERSERAH | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. MENCARI DAN MENDAPATKAN HIKMAH JUGA KEBERKATAN BULAN RAMADAN. Hujung-hujung. Tapi hujung yang tersembunyi manis Lailatul Qadar. 

Rezeki apa pun itu menjadi rahsia. Lambat ke.. cepat ke.. sedikit atau banyak ke.. rahsia. Ada jalan dan caranya Allah swt nak pinjamkan atau ambil semula. Dalam tempoh tertentu atau cuma sekelip mata. Kalau Allah swt kata jadi, maka jadilah.

KEPADA-NYA KITA BERSERAH. Sejauh mana kebenarannya. Sepatutnya memang begitu yang MESTI kita hamba lakukan. Tapi waswas pada hati dan fikiran yang buat kita ragu-ragu. Mungkin bukan sekali dua tapi banyak kali. Belum lagi ditambah dengan banyaknya bergantung pada insan. Hurmmmmm. 


Contoh mudah yang terkini dan terdekat. Pokok buah-buahan masih berbunga. Syukur kerana bagai tidak berhenti dan tak ada jeda pun dari satu musim ke satu musim. Kiranya terus jeee. Sepokok tu ada buah yang masak. Ada potek.. ada bunga juga. Haa gitu. Sekarang pokok durian pun sedang berbunga. Alhamdulillah dah pecah bunga. 

Sejujurnya dalam hal apa pun..  KEPADA-NYA KITA BERSERAH. Berserah sungguh-sungguh. Setelah usaha. Setelah berdoa. Berserah dengan cara bersangka baik dengan Allah swt. Kadang iman goyang. Ada je bisikan itulah.. inilah. Tengok pokok durian.. penuh bunga. Penuh sepokok. Bayangkan kalau semua jadi buah.. masyaAllah. Ya Allah. Nikmat sungguh. Tapikan awal-awal lagi dah bayangkan dengan serangan monyet, tupai, musang.. landak. Itulah hakikat. Tak apalah. Halau dulu. Lebihnya berserah. Boleh jadi dapat makan sikit sedekah banyak. Atau makan sedikit sedekah sedikit. Tetap syukur.

NOTA PC  : berserah
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama