PANDAI NAIK PENING NAK TURUN

PANDAI NAIK PENING NAK TURUN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. SALAH SATU DUGAAN PUASA. Sungguh. Memang ada banyak dugaan puasa. Ini salah satu daripadanya. SubhanaAllah. Allahuakbar. 

Bila gurau terlajak batas. Lupa nak brek la agaknya.  Lahawlawalakuwataillabillah. Biasalah kalau kita manusia pun ada gurau adik-beradik jugakan. Apatah lagi haiwan. Anak bulu PC meriah. Lagi-lagi bila bangun tidur. Memang tak boleh bawa bincang la senang cakap. Agaknya masa tidur mimpi makan coklat ke..  makan ais krim ke.. makan gula-gula ke.. hurmmmm.

Yang tunjuk muka ni gelarannya kakak. Nama dia Stokin. Yang lagi satu yang nampak mata sebelah tu Piqi. Adik beradik.Sebenarnya mereka 5 beradik. Dua dibelit ular. Milo dengan Abu. Lagi satu Oyen meninggal dah besar demam panas. Memang dari umur 2 minggu babah jaga. Ibunya ghaib. Ya Allah. 

Mula-mula elok gurau dalam rumah. Bagus. Lama-lama eh lain macam pula. Dari dalam rumah lari laju terus meluru panjat pokok manggis. Okay tak apa.. yang masalah bab nak turun tu. Naik sesaat. Nak turun berjam tu yang tak boleh tahan. Lebih parah panjat tinggi-tinggi. Bila nak turun.. gigil. Jerit-jerit pulak tu. Dah la senja dekat waktu nak berbuka puasa. Ya Allah. 

PANDAI NAIK PENING NAK TURUN. Ini masalah pada atok, abi dan ummi. Bila kakak dah berjaya turun, lagi la adik tu cemas lain macam. Lagi bertambah gelabah. Maka lagi kuat la dia menangis. Pujuk tak jalan. Nak biarkan tak sampai hati. Ada masa boleh je turun sendiri. Ada masa dia pening nak turun. Surau dah nak azan ni. Atok pergi ambil tangga. Eh.. dia turun pula. Main terjun je dia. Atok punya la belek cucu bulu dia. Risau kalau terseliuh ke kata atok. Macam tu lah babah. Macam mama juga. Sayang pada cucu bulu lain macam. Sempatlah kena bebel dengan atok budak dua tu. Hahahaha. Balik tarawih sambung bebel. Faham agaknya, diam je masing-masing. Tengok je muka atok. Ni kalau nek ma ada.. mahu kena cubit. Piat telinganya. Alah cubit dengan piat main-main je. 

Atok : Kakak dengan adik(piqi) tak sayang atok ke.. abang oyen dah tak ada.. atok dah tua..

Kakak dengan adik : bunyi.. sekali lalu bunyinya tu... SYAYANGGGGG. [terus furr furr furr atas riba atok]

NOTA PC  : 44 tahun babah pelihara kucing..bersilih ganti.. macam-macam ragam.
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Samalah dengan si Otto kucing wak tu
    Selalu panjat bumbung rumah, tapi tak gheti turun

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama