MEMANG TAK BOLEH SEMBUNYI

MEMANG TAK BOLEH SEMBUNYI | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. SYUKUR ATAS NIKMAT REZEKI. Kali ni buahnya tak sebanyak sebelum ni. Tapi sentiasa Allah izin berbuah dan dinikmati dan disedekahkan. Macam mana pesan mama pada babah dan PC. Makan.. makan juga. Sedekah .. sedekah juga. 

AKHIRNYA dah masak. Bila duduk di anjung rumah.. mula-mula PC yang ada nampak.. kemudian babah pulak nampak. Nampak apa?. Nampak tupai ulang alik pergi cium dan tarik-tarik plastik pembalut buah cempedak. Babah memang sarung dengan kain-kain buruk atau plastik-plastik yang sesuai. Ehh gigih pula tupai asyik tercium-cium buah cempedak dalam sarung. Dihalau pun eh datang lagi. Bersemangat!!.

Dua tiga hari sebelum tu dah tengok keras tak masak lagi. Bau pun tak ada lagi. Memang dah tua cuma tunggu masak je. Monyet jangan cakaplah. Huuuuuu. Kering tekak jerit-jerit. Ringan bakul pahala marah-marah monyet. Bila nampak tupai bersungguh hidu tu.. haaa apa lagi.

"Entah-entah dah masak kot ba buah cempedaknya..". - PC 

"Belum laaah babah baru tengok..". - babah 

Tak puas hati.... pergi tengok. 

Berdesup tupai tu lari...

"Haah laaaa.. dah masak. Kuat baunya..". - babah

Sebenarnya ini dah kali kedua terjadi. Tupai bagitahu buah cempedak dah masak. Alhamdulillah. Dengan izin Allah swt jugakan. Syukur. Oleh kerana kali ni buahnya tak berapa banyak.. fokusnya lebih. Walau pokoknya depan mata. Bila silap sikit je.. haaaa.. nangis tauu.

MEMANG TAK BOLEH SEMBUNYI. Betul. Buah durian ke.. bush nangka ke.. buah cempedak ke.. susah nak sembunyikan. Sebab bau dia tu yang kuat. Wanginya. Perhhhh. Padu menusuk. Sabar je lah. Kalau tak bulan puasa okey lagi. Tapi bila bulan puasa atau tengah puasa sunat ke.. hurmmmm. Memang susah nak sembunyi walau sikit je.
 
NOTA PC  :  Selamat Hari Pekerja. 
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama