GEMBIRA BAHAGIA CARA MASING-MASING

GEMBIRA BAHAGIA CARA MASING-MASING  | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. JUMAAT berkat untuk kita semua. Aamiin. Ramai orang baik. Baik luar dalam. Ramai orang baik. Baik luar sahaja. Waktu yang sama ada juga ramai manusia yang tidak suka atau benci dengan perkara yang baik-baik. Kalau rasa-rasa tidak suka lakukan hal baik, jangan benci dengan orang lain yang suka lakukan hal baik-baik. Sebenarnya mudah.

GEMBIRA BAHAGIA CARA MASING-MASING
Seronok dapat makan golden melon. Penggemar buah-buahan tentu tahu rasa nikmatnya bila dapat makan buah-buahan. 

Sebenarnya memang mudah. Sangat-sangat mudah. Biarkan orang lain lakukan hal baik dan menikmati atau mencipta rasa GEMBIRA BAHAGIA CARA MASING-MASING. Janganlah sakit hati, iri hati dan dengki pada orang lain. Hujungnya nanti diri sendiri yang akan berasa sakit hati. Sia-siakan. Tidak mudah untuk gembira bahagia dengan cara masing-masing terutama zaman sekarang. Zaman media sosial sentiasa aktif di mana-mana. Segala aktiviti atau urusan dikemaskini. Akan sentiasa ada yang memantau dan cakna itu ini.

Bebas pada pandangan kasar. Tetapi sebenarnya tidak pada kebenaran. Kecuali bagi manusia yang berhati kering dan berani. Tidak mudah hadam dan telan kata-kata orang yang pedas, tajam dan berbisa walaupun gembira yang kita usahakan untuk bahagia tidak mencuit orang lain pun. Inilah realiti zaman sekarang. 

Jika terlalu memikirkan apa pandangan orang terhadap cara kita dan sebagainya pun tidak boleh juga. Hujungnya tidak berkembang juga. Jadi serba tidak kena. Serba salah dan terkongkong juga. Tetapi kalau mahu ditolak semua pandangan orang pun, tidak boleh jugakan. Bijaklah pilih, tapis dan ikut mana yang sesuai dan perlu. Kita manusia biasa. Terlebih, terlajak, terlalu itu biasa dilakukan lebih-lebih lagi bila dalam keadaan sangat teruja.

GEMBIRA BAHAGIA CARA MASING-MASING. Sederhana. Lebih daripada sederhana. Keterlaluan. Betullah pilihan masing-masing juga. Tetapi tetap ada batas. Bukan hidup di planet sendiri. Satu perkara yang PC ambil kira teguran atau nasihat orang sekeliling atau orang lain adalah bila ianya melibatkan hukum agama pada cara mahunya cipta kegembiraan dan rasa bahagia. Kalau teguran itu ada kaitan dengan hukum, memang tidak boleh tepis. Jangan sesekali kata "aku buat aku tanggung..". " ah kubur masing-masing..". Masalahnya nanti di akhirat, awak pula persoalkan menuntut kenapa dulu di dunia tidak menasihati awak. 

NOTA PC  : cipta bahagia
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama