PANTANGNYA DICAMPUR BELACAN

PANTANGNYA DICAMPUR BELACAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. MASAM!!. Belum rasa lagi rasa masamnya pelam sudah boleh dibayangkan. Bukan tidak ada mempelam muda atau pelam tua yang manis. Memang ada. Cuma kebiasaanya masam. Rangup dan masam. Tapi, jangan tanya dengan orang kuat masam. Sebab jawabnya manis sahaja. Manis lebih gula nanti katanya. 

Musin pelam. PC tidak faham jenis-jenis buah mempelam ni. Ada jenis-jenisnyakan. Ada orang sebut pelam kampung.. pelam sepat.. pelam epal. PC pula jenis pukul rata. Pelam. Itu satu sahaja yang tahunya. Nama atau jenisnya PC tidak mahir. Ya Allah. Malu sungguh. Alhamdulillah banyak buahnya pokok di rumah mertua PC. Banyak juga monyet dan tupai yang sudi datang untuk makan dan gugurkan buah pelam ni. Ada yang sudah mula kekuningan isinya. Syukur.

Petik buat sambal. Kalau tidak buat sambal, buat kerabu. Biasanya buat sambal. Sedap makan dengan nasi hangat. Buka selera. Laju jugalah jarum penimbang berganjak. Masam-masam pedas masin. Masin dari garam dan ikan bilis sahaja.  Tapi jangan campur dengan belacan ya. Jangan. PC dengar hal ini daripada PC kecil lagi. Logiknya di mana PC tidak pasti. Cuma larangan ini disebabkan menghindar daripada buahnya jadi busuk bila ada berbuah lagi masa akan datang.

PANTANGNYA DICAMPUR BELACAN. Fakta atau petua. Sejauh mana kebenarannya PC kurang pasti. Setahu PC buah apa pun akan busuk atau buruk isinya angkara disengat ulat atau serangga perosak ketika masih potek lagi. Justeru itu baja dan racun perosak yang berkualiti diperlukan. Pokok harus dibaja dan diracun secara berkala. Kena rajin jaga. Itu pun adakalanya terbabas juga.

Buat sambal tumbuk campur dengan buah pelam memang sedap. Atau makan dengan asam ke. Ada juga yang rajin buat halwa. Sedap juga. Waahhh. Macam PC.. PC lebih suka makan dengan asam. Tapi, sesekali bila betul-betul tekak nak. Bahaya juga pada usus dan perut. Memang betul, apa yang betul?. Dulu-dulu, arwah atok nenek baik belah mama ke.. belah babah ke, bila mereka buat sambal tumbuk campur buah pelam ni.. memang tidak langsung dicampur belacan. Begitu juga sambal tumbuk bila dicampur dengan buah kuini. Kenapa ya?. Belacan menjadi punca buah pelam busuk.
 
NOTA PC  : lahawlawalakuwataillabillah..
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Cie pulak semuanya panggil mangga. Hahaha. Sama juga masa kecik mak bagitau jangan campur belacan nanti buruk. Taktau la petua ke memang betul2.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama