BILA ANAK BUAH TIDAK SIHAT

BILA ANAK BUAH TIDAK SIHAT | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. CUTI SEKOLAH SINGKAT. Alhamdulillah. Bila cuti sekolah baru dapat jumpa anak-anak. Sekejap pun sudah memadai. Syukur sangat-sangat. Mereka balik kampung. Tidur rumah kampung semalam dua. Lusa sudah kembali bersekolah. Risau anak buah PC yang seorang ni. Demam. Batuk. Alahan. Sudah ke klinik. Bila tidak nampak tanda-tanda mahu sihat, ibu ayahnya terus bawa ke hospital.

Selalu dia paling teruja bila balik rumah atok nenek. Sebab jumpa abi ummi. Kawan gaduh abi ummi. Lepak dalam bilik dengan abi ummi. Pantang abi gerak, eh dia pula yang jadi mata-mata ummi. Nampak abi pakai jam tangan je mula tanya.. "abi pakai jam tangan tu nak jalan-jalan la tu..". Sampai satu tahap abinya berak pun sanggup tunggu depan pintu tandas takut kena tinggal. Memang gitu daripada kecil. Ingatkan bila sudah bersekolah berubah. Tidak!. Semakin banyak dan panjang akal. Betullah, anak akhir zaman lain macam serba serbi. "Lebih" segenap sudut. Ngeri juga bila difikir-fikir. Itulah namanya budak.

Balik cuti sekolah kali ini.. melepek. Demam. Batuk. Pertama kali seluruh badan tumbuh macam gegata tapi kata doktor (klinik) bukan sebaliknya alahan. Ibunya (adik ipar) PC kata mula tumbuh bengkak-bengkak tu dari rumah. Ingat kena gigit nyamuk. Rupa-rupanya melarat. Ya Allah. Lebih 24 jam setelah makan ubat dari klinik tidak ada perubahan.. cemas. Terus bawa pergi hospital. Alhamdulillah tidak banyak ragam bawa ke hospital. 

PC di rumah tolong abang dan kakaknya jaga adiknya. Abang dengan kakak kena siapkan kerja sekolah. Jadi tidak boleh la nak fokus sangat jaga adik. Mereka empat beradik. Biasalah bila sampai hospital, walau terus tuju ke kecemasan tetap sahaja perlu ambil nombor giliran. Rutinnya begitu. Segala prosedur dilakukan. Ambil darah untuk pemeriksaan lebih mendalam. Tunggu. Sehinggalah keputusan darahnya keluar. Kami yang dirumah risau. Alhamdulillah tidak perlu masuk wad. Boleh balik. Cuma...

Bukan main banyak ubatnya dibekalkan untuk seminggu. Sampai rumah sambung melepek. Baring. Tidur lagi. Masih tidak larat lagi. Tapi alhamdulillah nampak perubahan sedikit demi sedikit. Panas demam kurang. Batuk kurang. Cuma masih letih. Letih yang berbaki pada badan. Kesian anak abi ummi. Tidak aktif macam selalu. Ajak sembang pun tak larat. Risau. Hari ini awal pagi dah balik rumah atok belah ayahnya. Semoga terus sihat. Aamiin. Nampaknya kali ini gang gosip abi ummi cuti sakit. Hurmmmmm. 

NOTA PC  : ujian orang yang sihat menyantuni orang yang sakit.
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama