BOLEH KE KUCING ISTIMEWA MELAHIRKAN

BOLEH KE KUCING ISTIMEWA MELAHIRKAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Penyayang. Assalammualaikum. JAWAPANNYA BOLEH. Tidak ada satu pun yang mustahil bila Allah swt berkehendak sesuatu itu berlaku. Bukan cuma pada manusia. Bahkan pada haiwan dan sekalian makhluk juga. 

Cuma setakat ini yang paling hampir dengan PC adalah kucing istimewa, maka yang PC kongsikan adalah anak bulu PC. Anak umi abi, cucu atok si Sulam. Kucing istimewa. Sebelum ini PC ada juga berkongsi kisah Sulam dan kembarnya Kait. Cuma umur Kait tidak panjang. Selepas melahirkan anak buat kali pertama, Kait sakit dan mati. 

Sulam masih ada hingga kini. Telah selamat melahirkan anak buat kali pertama. Alhamdulillah. Seekor sahaja setakat ini. Esok lusa tidak dapat dipastikan. Babah gembira lain macam. Gembira ya, risau pun ya. Risau jadi macam Kait, lepas melahirkan mati. Tapi syukur sangat-sangat Sulam sihat.

Sulam lahirkan Tenun. Anak Sulam, PC namakan tenun. Siti Tenun. Nama manja Nun. Kalau nakal panggil Tenun. Kalau asyik nak gurau tak tentu hala panggil Siti Tenun dengan harapan berubah ke pangkal jalan. Aamiin. Tengok Sulam jaga anak rasa terharu sangat-sangat. Kasih sayang ibu pada anaknya. Dalam keadaan pergerakan dan fizikalnya yang istimewa gigih dia ngasuh anaknya. Cuma Tenun kadang ada bau-bau nak jadi tanggang moden. Hihihi.

BOLEH KE KUCING ISTIMEWA
Sayalah Siti Tenun. Lepas susu perut kenyang saya tidur dulu la. Bangun nanti sambung kokak ekor ibu saya.

BOLEH KE KUCING ISTIMEWA
Ummi jangan ingat saya tak tahu diam-diam ummi jepret gambar Tenun.  

BOLEH KE KUCING ISTIMEWA
Inilah bonda Siti Tenun. Sulam anak bulu sangat istimewa. Sulam lahir di rumah babah beri banyak pelajaran dan pengajaran untuk kami sekeluarga. Semoga Sulam terus sihat. Semoga nanti bertemu lagi dengan Kait di syurga. 

Tidak kira kita manusia atau binatang dan apa sahaja makhluk ada rezeki masing-masing.. bantuan DIA selalun ada sama ada secara terus atau ada perantaranya. Syukur selalu. Belajar sesuatu daripada sesuatu. Semua sementara yang menjadi ujian dan pengukur iman serta takwa seseorang.

NOTA PC  : semoga berkumpul di syurga nanti
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Kat rumah MY ada 4 ekor kucing betina. hari hari bapak jantan datang ajak dating. Pening kepala sebab jejantans tu bergaduh kat laman rumah ni

    BalasPadam
  2. MasyaAllah tabarakallah, Allah jua la pemberi rezeki, bukan kita atau sesiapa. Sungguh menginsafkan.

    BalasPadam
  3. Comelnya nama-nama kucing. Sulam, kait, tenun :)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama