PERJUANGAN PETIK PUCUK PAKU

PERJUANGAN PETIK PUCUK PAKU | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Penyayang. Assalammualaikum. Pucuk paku pakis. Pucuk paku perak. Pucuk paku merah atau midin. PC sendiri kadang keliru. Adakah sama cuma sebutan berbeza atau memang pucuk paku ni ada dua tiga jenis. Haaa. Kadang, bendanya sama tetapi nama atau sebutannya berbeza mengikut negeri masing-masing.

PERJUANGAN PETIK PUCUK PAKU

Sayur yang tumbuh liar dihutan atau kebun-kebun. Tetapi, ada juga dipinggir jalan kampung. Tepi parit, benteng dan sama waktu dengannya. Dulu masa PC kecil, rajin ikut arwah nenek PC ke kebun. Sambil-sambil pancah rumput, sebelum racun rumput biasanya arwah nenek PC cari dan petik dulu pucuk paku untuk dibuat lauk. Tapi PC tak petik pun cuma teman dan tengok sahaja sambil bawa baldi untuk isi pucuk paku. MasyaAllah. Gembira sangat-sangat. Penuh satu baldi sedang. Kalau baldi besar mahu PC here baldinya.


PERJUANGAN PETIK PUCUK PAKU

PERJUANGAN PETIK PUCUK PAKU. Kali ni biras PC yang nak sangat-sangat makan pucuk paku. Sampaikan isteri dia pun pelik. Biras PC ni lelaki. Haaaaa, bila PC kata entah-entah ibu pragnant kot.. menjerit adik ipar PC. Hahahahaha. Fobia dia lepas lahirkan anak keempatnya. PC sendiri pun risau tengok dia waktu berpantang dua tahun lalu. Tapi tekak kita ni bukan boleh diramal atau diatur-atur. Kadang bila teringin lain macam dibuatnya. 

Hujan sekejap lebat. Sekejap gerimis halus. Abah (mertua) gigih bawa menantunya, biras PC pergi kebun belakang rumah. Yakin sungguh ada banyak katanya pucuk paku. Beberapa minit kemudian.. haaaa, alhamdulillah berjaya petik pucuk paku yang diidam-idamkan. Gitu. Tapi anehnya balik dari kebun tergesa-gesa abah start motor. Diajaknya menantunya pergi ke  benteng pula. Apa hal ni. Hujan lebat semula pulak tu. 

Rupa-rupanya pucuk paku yang dipetik dari kebun belakang rumah... kalau dimasak, ha  dapatlah satu sudu makan tu ha. Patutlah gelabah nak pergi benteng petik pucuk paku. Lama juga.. sejam lebih jugalah mereka pergi. Belum sempat en suami menyusul ke benteng.. eh, dengar motor abah. Alhamdulillah balik mereka berdua. Kali ini baharulah senyum sikit tengok beg plastik yang di bawa. Isinya tidak sarat tapi lebih setengah plastik. Syukur. Hujan-hujan. Kawasannya licin. Ada rumput tebal. Tapi oleh kerana dah teringin punya pasal.. redah jugalah. Masak lemak sedap. Tumis kering sedap. Buat urab pun sedap. Tapi tidak dapat dikesan adik ipar PC masak apa pucuk pakunya. Lepas petik, kerap hujan.. cepat tumbuh semula. Rajin atau tak je nak petikkan.

NOTA PC  : terasa nak makan petola masak bening campur soon la pulak.. 
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Pucuk paku ni biasanya tepi sungai membiak la. Bermusim jugak. Kekadang teringin nak makan takde jual kat pasar. Kalau time musim tu belambak orang jual.

    BalasPadam
  2. Pucuk paku ni memang sedap, saya suka!

    BalasPadam
  3. ni macam Midin kat Sarawak aje...

    BalasPadam
  4. Lagi sedap yang di petik dari rumah. Fresh terus masak :)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama