KATAK MAIN LOMPAT-LOMPAT DALAM RUMAH

KATAK MAIN LOMPAT-LOMPAT DALAM RUMAH | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Penyayang. Assalammualaikum. KATAK PANGGIL HUJAN SEBAB ULAR NAK MAKAN AKU.. begitulah kata katak. Siapa berani pegang katak angkat tangan.. PC rasakan, PC ni penakut la. Penakut ya, geli pun ya. Haa. Nak dijadikan cerita, kerap jugalah katak masuk dalam rumah mertua. Aduhai. 

"Ummiiiii.. lariiii ada katak!!!!!..". Melompat PC. Bukan main nyaring la adik ipar PC menjerit. Ya Allah. Sebelum itu menjerit juga dia sebab ada tikus melintas depan dia. Adik-adik ipar ke.. biras ke.. anak buah ke memang dah tahu PC takut tikus. Jadi bila adik ipar jerit takut tikus, PC pun apa lagi. Sama naik jerit-jerit juga. Runtuh rumah dibuatnya. Maaf la ya jiran tetangga.

Pernah dengar tak orang cakap, jangan sampai kena gigit katak. Ada katak yang bila gigit, susah nak lepas sampai ada guruh baharulah dilepas gigita. Sebenarnya itu fakta atau dusta ya. PC pun lama-lama jadi keliru. Atau itu salah satu cara orang tua-tua dulu-dulu nak takut-takutkan atau larang anak-anak main katak. Haa. Misteri. Bayangkan kalau katak tu gigitkan. Seminggu baharu ada  guruh.. ha tak ke fobia. Mandi, makan, tidur dengan katak la jawabnyakan. Tak gitu.

Bila teringat cerita atau cakap-cakap orang ni.. jadi lebih takut la. Sungguh. Jadi, siapa yang keluarkan katak yang lompat dalam rumah dengan senang hati tu ya.. en suami PC. Bukan main anak-anak bertepuk tangan kata abinya hero. Hehehehe. Senyum meleret la abinya. Bawa ke luar. Ingat lepaskan dalam parit.. eh diletaknya atas tutup tong air. Suka la anak-anak tengok katak tu berkuak. Tapi tengok dari jauh je. Risau melompat ke muka lain ceritanya nanti.

Suka. Duka. Apa sahaja. Boleh terjadi sekelip mata. Tiada yang mustahil bagiNYA. Cuma kita sebagai makhluk dan hambaNYA yang kadang tidak bersedia untuk terima. Apa pun itu. Tapi, percayalah semua pada kadar mampu untuk hambaNYA terima.

NOTA PC  : trauma masing-masing..
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama