SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1447H 2026

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1447H 2026 | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.  SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1447H.  MAAF ZAHIR DAN BATIN untuk semua sahabat-sahabat blogger yang PC hormati. Rasa macam dah lama raya.. eh baru timbul. Apa nak jadilah. Setelah semua ipar dan biras balik ke rumah masing-masing. Setelah sebahagian besar saudara mara datang beraya. Barulah berasa letihnya. Bila ramai-ramai eh bukan main, lipas kudung pun malu sebab dia kalah. Kita menang. Biasa memang begitu. Rasa masa cepat. Capat sangat. Ya Allah. 

Semakin berusia semakin pilih untuk tunggu orang yang sudi datang rumah berbanding ke rumah orang. Rasa lagi seronok begini. Tapi ada juga yang kau tak datang rumah aku.. malas aku datang rumah kau. Tapi ada juga yang tak kisah pun. Siapa-siapa ada kesempatan.. sihat.. ada kelapangan maka datanglah berkunjung. Berbalik pada hati. Ziarah atau tidak ziarah kerana apa. Alasan cuma diri sendiri yang tahu dan pilih. 

Mercun masih berdentam dentum sana sini. Jangan kata malam. Siang pun meriah dengan mercun. Kalau malam, ruang udara warna warni dengan cahaya mercun. Mantap. Memang minggu pertama Syawal telah berakhir dan ramai juga yang dah kembali bekerja.. tapi ada yang baru pulang ke kampung. Harap maklum ya. Itu yang meriah bukan main. Tahun ni PC rasa macam pesta mercun di mana-mana la. Suka. Bahagia cuma ada rasa risau juga. Semoga semua baik-baik sahaja untuk rakyat dan negara kita. Aamiin.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1447H 2026

Mood rumah terbuka dan marhaban kampung onzzz. Belah PC minggu kedua Syawal ni mulalah. Kalau belah mertua satu Syawal dah selesai. Fuhh. Berasap. Nasib belah mertua cuma marhaban lelaki. Kalau belah PC lelaki dengan perempuan gabung. Tapi jangan risau masing-masing tu suami isteri. Kalau yang single tu akan ada mak ayahnya join. Kiranya geng sendiri juga. Marhaban sekali beraya gitu. Elok juga. Sekaligus gitulah.

Raya.. raya juga. Kesihatan jangan diabaikan ya. Tolong banyak-banyak minum air masak kosong. Kurangkan minum manis ya. Cuaca panas ni badan mudah lesu. Tekak mudah kering. Berhabuk. Debu. Batuk, selesema, demam mudah berjangkit. Seronok jangan sampai abaikan keselamatan. Jaga perangai. Jaga kata-kata. Maklumlah bila beraya ni kadang mudah terlajak cerita. Syok bercerita itu ini begitu begini. Sayang pahala.

Selamat sambung beraya. Meminta maaf. Memaafkan. Kerana Allah swt. 

NOTA PC : selamat puasa 6 Syawal ya

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama