BUNGA TELUR DAN TELUR PINDANG | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. DULU SESEKALI PERGI SEBAB TEMANKAN MAMA.. sekarang pergi atas undangan menerima kad undangan. Kadang undangan PC dan encik suami. Kadang undangan encik suami dan PC. Tengoklah siapa yang sudi mengundang.
Dulu dan sekarang berbeza. Ada perbezaannya. Dulu tunggu cuti sekolah barulah buat majlis walimatulurus. Aqiqah ke. Bertunang ke. Sebab nak kumpulkan semua adik-beradik dan saudara mara sekalian. Sekarang cuti hujung minggu. Cuti umum. Cuti peristiwa. Cuti perayaan. Semua boleh dan dimanfaatkan sebaik-baiknya. Alhamdulillah.
Dulu makan berhidang.. eh sekarang ber'buffet'. Ramai juga yang pilih catering berbanding masak gotong royong. Dulu buat majlis di rumah, sekarang sewa dewan.. mudah. Siap semua. Sediakan duit sahaja secukupnya. Seiring waktu dan zaman ada sahaja perubahan yang dilakukan. Semakin mudah.
Tapikan.. bab telur ni PC rasa macam dari dulu sampailah sekarang tidak berubah. Cuba ubah sama ada telur masin atau telur ayam je la. Mungkin ada yang zero telur dimajlisnya tapi setakat ini.. setakat PC hadir majlis, ada telur sebagai ole-ole tetamu yang datang.
![]() |
| Telur pindang - sedap tapi agak sukar dilatation.. mungkin remeh penyediaannya |
![]() |
| Bunga pahar/bunga telur.. ni menjadi kegilaan mama.. Allahu. Terus terbayang wajah mama bila setiap kali dapat bunga telur.. gembira. |
Ada yang lebih moden. Tidak mahu gunakan telur. Maka diganti dengan sesuatu yang dianggap lebih sesuai. Terserah. Pilihan dan citarasa masing-masing. Kenapa telur atau bunga telur atau Bunga pahar merupakan gubahan hiasan tradisional masyarakat Melayu yang menggabungkan bunga dan telur (atau manisan/gula-gula) seolah-olah mesti ada?.. jadi tanda tanya juga. Biasanya 50 biji/cucuk bunga telur satu pahar belah kanan pelamin.. nanti 50 biji/cucuk bunga telur lagi belah kiri pelamin. Tak pun cucuk pada batang pisang.. tetamu nak balik, salam keruk dengan tuan rumah dapat satu cucuk bunga telur. Silap-silap lebih secucuk dapat.. cewah.
Bunga telur atau bunga pahar. Simbolik kesuburan untuk pasangan pengantin yang baru sahaja mendirikan rumahtangga. Ini yang pernah PC dengar. Semoga dikurniai zuriat yang ramai. Mungkin ada alasan atau sebab lain mengikut kawasan masing-masing. Tak kisahlah, apa pun alasannya.. semoga setiap akad pernikahan yang sudah sah dimetrai sentiasa di bawah kasih sayang Allah swt. Aamiin.
NOTA PC : ada lagi beberapa undangan walimatulurus.. semoga sihat untuk menyantuni..
Tags:
Santai Peribadi


Dah lama x dpt goodie bunga telur. =D
BalasPadamTelur pindang ni belah2 Johor je kan. Jarang dah kenduri bagi telur.
BalasPadamKalau Sis memang setiap kenduri atau majlis mesti nak kena ada telur pindang.. kesukaan kami sekeluarga.. kalau beli skrg 4 biji rm100.. dah mahal
BalasPadamAlhamdulillah rezeki sentiasa ada, kebahagiaan dapat dirasa bila ada pemberian ikhlas..
BalasPadam