MAC DAN PENGHUJUNG RAMADAN | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. SEJUK. HUJAN turun tidak seghairah sebelum ini. Ada hujan tapi sikit-sikit. Alhamdulillah. Syukur. Semoga dengan rasa syukur ini Allah swt tambah lagi nikmat dan rezeki. MasyaAllah.
Semakin terabai blog. Apatah lagi laptop PC bermasalah. Belum dibaiki lagi. Bila nak menaip guna telefon sangatlah perlukan kegigihan yang bukan biasa-biasa. Memang lebih praktikal sebab mudah dibawa ke mana-mana. Tapi mungkin PC ni bila menaip.. mengarang rasa puas bila guna laptop. Besar gedabak gitu haaa.
Rindu nak aktif macam dulu-dulu. Nak tumpahkan segala rasa pada blog yang dah jadi macam diari. Singgah blog sahabat-sahabat blogger. Seronok. Cuma keadaan tidak lagi seperti dulu. Masuk tahun keempat balik kampung bergilir rumah babah dan mertua kadang tidak dinafikan ada rasa letih juga. Bukan letih berbakti pada orang tua.. cuma letih mundar mandir. Semoga menjadi ladang pahala. Aamiin.
Madrasah Ramadan semakin menuju penghujung. Sinar Syawal semakin terang. Ya Allah. Masa. Demi masa. Ramadan ini ramai jiran tetangga dan saudara mara yang kembali ke pangkuan Pencipta. Ramadan 1447H 2026M ini akan berakhir. Sekiranya hari Jumaat kita beraya, malam ini malam terakhir solat sunat tarawih. Sedih ya. Sungguh. Ramadan akan datang entah bagaimana. Semoga segenap ibadah di Ramadan kali ini lebih berganda ganjaran kebaikannya. Semoga ada lagi rezeki Ramadan untuk kita pada tahun-tahun seterusnya. Aamiin.
Terima kasih Allah atas segenap nikmat. Kita bukan siapa-siapa tanpa DIA. Terus fokus pada landasan kebaikan. Mungkin berat di dunia.. semoga paling bahagia di akhirat nanti. SubhanaAllah.
NOTA PC : tahun keempat berjaya tak ke bazar Ramadan..
Tags:
Santai Peribadi
.heic)