BERJUANG HIDUP

BERJUANG HIDUP | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. ESOK HARI TERAKHIR DIBULAN APRIL. 1 MEI. Cuti hari pekerja. Selamat bercuti dan selamat beristirehat. Bagi yang bercuti. Mungkin ada yang tetap bekerja juga.. kerana ketetapan dan tuntutan atau pilihan untuk kerja.

BERJUANG HIDUP
Berjuang hidup

Demi kelangsungan hidup
Hujan dan panas ditempuh
Sihat dan sakit bagai tiada beza
Banyak atau sedikit kadang ditolak tepi
.. pentingnya, asal ada rezeki dalam genggaman

Berjuang hidup
Tidak lagi pilihan;
Rajin buat
Malas tidak mengapa
Bukan begini sekarang
Ianya keperluan
MESTI

BUKAN lagi waktu banyak bicara
Tapi diam gerak bertindak
Waktu terus akan berlalu
Sehari ke minggu
Minggu ke bulan
Sehingga cukup setahun 

Biar perlahan
Tetaplah berkayuh
Tetaplah bertahan
Niat pertama kerana Tuhan


NOTA PC : panas terik.. bila sesekali hujan nikmatnya luar biasa

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama