Jauh Mendekatkan

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖

JAUH MENDEKATKAN || Berasa berjauhan itu banyak asbab..beribu alasan mengapa ianya berlaku baik dengan rela atau sebaliknya.Positif atau sebaliknya bergantung pada olahan minda dan emosi untuk menerima.Silap percaturan membinasa..betul mengemudi membina.InsyaAllah.

Kalau jauh itu jauhlah..bolehkan mendekatkan.Terserah.Realitinya yang jauh mahupun berjauhan itu boleh mendekatkan..dengan izinNya.

ALLAH SWT DAN MAKHLUK.Kalau diulas soal kedekatan atau berasa dekat..sedar atau tidak,banyak cara Allah sampaikan pesan mahupun teguran untuk kita lebih mendekatiNYA.Kalau Allah uji itu tanda DIA mahu kita lebih mendekatiNYA..sesekali kewarasan dan kesabaran pasti tergelincir.Ragu.Marah.Pasti.Mempersoal sudah tentu.Cepat sedar.Jangan layan.Isi peluang itu untuk lebih mendekati.Mengenali.Menggali lebih lagi.

RINDU OWH RINDU.Rasa rindu ada pada diri kita.Rasa semulajadi. Mungkin boleh jadi kurang..atau mungkin boleh menjadi lebih.Tidak salah mewah dengan rasa rindu..tapi jangan kemewahan itu memiskinkan diri sendiri kelak.

RAMADHAN KAN SEBULAN.Lazimnya diminggu-minggu pertengahan Syawal meriah dengan rumah terbuka.Bukan hari-hari lain tidak terbuka tapi terbukanya lebih luas di Aidilfitri.Tidak salah pun rezeki yang ada dikongsi,asal tidak membazir dan berlebihan.Niat bersedekah kerana Allah.Lillahitaala.Puasa sebulan..raya pun sebulan,malahan ada yang terlajak hari ke 40 masih berumah terbuka..huhuhuhu...begitulah terujanya meraikan.Ukhuwah yang terjalin dijaga,diikat erat moga hingga akhirat.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

7 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Selamat Hari Raya Kak! Semoga Syawal memberikan rasa kemenangan buat kita setelah sebulan kita berpuasa. Moga ALLAH SWT memberi peluang untuk kita bertemu dengan Ramadhan yang akan datang dan seterusnya. Amiiiin

    BalasPadam
  2. Kat kg pakcik ni baraan/marhaban belum habis2 lagi.
    Tiap2 malam menjamu pelbagai juadah.

    BalasPadam
  3. Ramadhan sebulan tp syawal berlebih dr sebulan. Jgn sampai puasa 6 terlupa dah lah ye. Asyik dengan open house sana sini. Hehe

    BalasPadam
  4. Yangbjauhboun boleh Terasa dekat tapi yg dekat Tu kadang2 Terasa jauh

    BalasPadam
  5. Time ni memang banyak rumah terbuka.. Kalau dorg buat belah malam ok la kan..

    BalasPadam
  6. Lebih takut kalau semakin jauh dengan pencipta kita..
    Minta dijauhkan..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama