Header Ads

Rezeki

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


REZEKI ~ Selamat bercuti adik-adik .. anak-anak semua .. bagi yang masih bersekolah,,hari ini hari akhir sesi persekolahan tahun 2017 untuk kalian sebelum bercuti panjang untuk menempuh 2018 .. insyaAllah.Semalam (23/11/2017),keputusan UPSR telah diumumkan .. ada yang mengalirkan air mata gembira .. tidak kurang yang berduka.Apa pun keputusan peperiksaan kalian,syukuri.Tahniah untuk semua.Tahniah untuk ibu bapa dan guru-guru.


Rezeki


Rezeki,sukar untuk dijangka.Susah juga untuk diduga-duga.Apatah lagi untuk diukur mengikut sukatan yang sering diguna manusia.Hebatkan Allah merahsiakan rezeki untuk hamba-hambaNYA yang dikasihi.Balaslah dengan rasa kecintaan yang sepenuh jiwa raga.

Kalau kita tidak miliki apa seperti orang lain miliki .. kebaikkannya tetap ada dan kembali pada kita.Dan mengapa dia ada .. kerana Allah mahu kebaikkan itu menghampirinya.Kemampuan kita tidak sama baik dari zahiriah mahupun batiniah .. Allah SWT sangat mengetahui dengan jelas akan hal itu sedang kita tidak tahu.Lantaran itu mengapa rezeki satu sama lain tidak serupa.

Hari ini Jumaat .. alhamdulillah.Namun percayalah biar melalui hari yang sama tapi ada pengisian dan jalan cerita yang berbeza setiap makhluk.Semuanya rezeki dengan izinNYA.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

8 comments:

  1. ank2 yg sekolah mmg tk sabar dh nk cuti..lastday sekolah arini..bab rezeki tu ada pelbagai bentuk rezeki..smoga kita smua dimurahkan rezeki

    ReplyDelete
  2. salam jumaat PC. rezeki kita Allah dah tetapkan. apa yg kita dpt tu yg terbaik utk kita walau kita tak gembira dgn apa yg kita dpt. jgn sampai tidak bersyukur. kegagalan hari ni mungkin asbab utk kita berjaya pada masa hadapan.

    ReplyDelete
  3. Akakkkk. Lama tak mai sini :)

    ReplyDelete
  4. REZEKI ALLAH MAHA LUAS..SLMT BERHUJUNG MINGGU PC

    ReplyDelete
  5. Rezeki takkan lari.... usaha selalu, semoga rezeki sentiasa berpihak kepada kita...AMIN...

    ReplyDelete
  6. Rezeki itu anugerah Allah.
    Dialah sebaik2 perancang.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..