Header Ads

Cari Titik Persamaan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


CARI TITIK PERSAMAAN | Rasa tak suka itu wajar.Dah nama pun manusia.Ada citarasa.Tidak sehaluan tidak semestinya perlu bermasam muka.Tidak sependapat tidak juga semestinya bertelagah kencang sentiasa.Tidak dinafi ada yang memilih perang dingin.Tapi tidak kurang berbaik-baik sahaja.Nak mudah,satu sama lain sila hormati sahaja cara masing-masing.

Cari titik persamaan.

Nak buat orang suka dan senang hati ikut kita itu susah.Mungkin ambil masa.Lagi-lagi kalau macam tidak menyakinkan...ermmmm bertambah sangsilah orang.Berbanding untuk kita terpengaruh dengan orang agak lebih mudah terutama apabila orang lain pandai mengambil peluang.Senang cakap .. nak pujuk hati sendiri lebih mudah berbanding pujuk hati orang lain.

Pada setiap perbezaan atau percanggahan ada juga persamaannya yang kadang tidak disedari.Persamaan itu di highlight kan dan diberi tumpuan untuk mewujudkan satu suasana yang lebih positif.Diraikan supaya yang jauh didekatkan,yang rapat bertambah erat dan yang luka bertambah sembuh.Carilah dan usahakan ya.

#sama-sama mencari redha Ilahi

logoblog

4 ulasan:

  1. Betul tu
    Untuk mengeratkan ukhuwah, carilah titik persamaan.

    BalasPadam
  2. Selamat hari raya PC. Maaf zahir batin. Masa raya ni lah kita boleh eratkan ukhwah sesama kita. Buang semua perbezaan yang ada. Rapat2kan mana yang longgar.

    BalasPadam
  3. Betul tu.. saya pun sentiasa mencari titik persamaan kerana itu lebih memudahkan drp mencari kekurangan atau perbezaan. Salam Aidilfitri PC :)

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..