Hingga Ke Dasarnya

HINGGA KE DASARNYA
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum WBT

Kita melihat.
Kita mendengar.
Dengan deria yang dipinjamkan DIA yang SATU.
Kita sibuk untuk ambil tahu.
Terkadang kita juga buat-buat tidak tahu.
Membisu.Kaku.

Faham.
Belajar faham.
Sememangnya memahami.
Gigih berusaha menyelami.
Yang mana satu sebenarnya.
Dilaluan mana untuk kita mendekati.
Lebih tepatnya cubalah memahami.

Di awal kita membuat kesimpulan.
Di pertengahan kita buat andaian.
Hujungnya kita menjadi pereka.
Pereka merosakkan jiwa.
Menjerumuskan diri ke lembah hina.
Mereka santai.
Hujungnya kita dirantai.

Hari ini.
Ramai yang lebih gemar menghakimi.
Tidak kira dikisah mana.
Tidak kira kepada siapa.
Dibantai serupa.
Dibantai buat sama.

Hingga Ke Dasarnya

Hingga ke dasarnya.
Kita kaji hingga ke dasarnya.
Selusuri untuk lebih mengerti.
Tersurat itu mudah ditafsiri.
Tersirat itu mesti lebih diselami.
Bepada-pada ketika mahu mendasari.

Bangkit dengan bukti.
Atau bungkam sekadar memerhati.
Berjuang sepenuhnya hati.
Atau berundur sedar diri.
Benar-benar takutilah neraka Ilahi.

#sama-sama mencari redha Allah swt

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. memang ramai yang menghakimi sekarang...takut betul tengok masyarakat sekarang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa sedar menggadaikan ganjaran kebaikkan yg dilakukan.

      Padam
  2. Netizen skrg lebih kepada menghukum ikut nafsu. Tak fikir baik buruk janji kepuasan hati tu dpt dicapai. Semoga kita tidak begitu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Risaukan kak..bila macam tahu semua hal bila bercakap.

      Padam
  3. Akhir zaman dah kita ni 😥
    Seram rasanya kecam mengecam dibuat tanpa usul periksa. Fitnah maharajalela. Maksiat diagungkan..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama